Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hatch anjur program latihan digital buat belia berisiko

Jul 29, 2022 | 05:30 AM



KAUM Hawa daripada latar belakang yang mudah terjejas dan berisiko kini berpeluang menyertai bidang digital dan rekaan yang berkembang pesat.



Ini boleh dilakukan melalui satu program latihan dan penempatan My Beautiful Life @ Hatch yang diselenggarakan pertubuhan keusahawanan sosial Hatch, dengan kerjasama Beautiful People, sebuah badan amal yang memberi tumpuan kepada permentoran dan membina perhubungan.



Program tersebut merupakan sebahagian daripada projek tiga peringkat Hatch, 'Digital ASPirations For All', yang menumpukan kepada pembangunan aspirasi, kemahiran dan laluan untuk belia dalam industri digital, dan disokong Dana Digital sepanjang Hayat (DFL) Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Semalam, satu acara selesai program dianjurkan secara privet oleh Hatch di sebuah makmal studio inovasi, Bold At Work, di estet kejiranan Yuhua, Jurong.



Acara diserikan dengan kehadiran Presiden Halimah Yacob, berserta rakan-rakan Hatch dari sektor privet, awam dan masyarakat.



Semasa di sana, Presiden Halimah turut mengunjungi gerai-gerai para lulusan yang memaparkan projek-projek mereka selain mengunjungi pelbagai pameran berkaitan usaha Hatch dalam mengupayakan akses kepada peluang digital.



Selepas lawatannya itu, Presiden Halimah berkata:



"Saya gembira melihatkan Hatch dan rakan-rakannya menawarkan peluang dan sekitaran membina bagi belia dari semua latar belakang bagi memenuhi potensi mereka."



Sejak ditubuhkan pada 2018, Hatch telah menumpukan kepada akses peluang digital kepada belia dari pelbagai latar belakang.



Dalam kenyataannya, Hatch berkata:



"Dengan kepesatan pendigitalan sejak beberapa tahun lalu, kita dapat lihat kaitan rapat antara celik dengan kemahiran digital dengan gerakan sosial yang tinggi, dan amat komited untuk menyediakan belia dengan laluan membina kerjaya digital yang realistik dan boleh tercapai."



Salah satu kumpulan yang menjadi perhatian Hatch adalah belia yang tidak bersekolah dan berisiko yang biasanya tidak menimbangkan diri mereka untuk kerjaya digital.



Dengan sokongan Dana Changi dan Tote Board, serta kerjasama rapat dengan rangkaian perniagaan dan rakan-rakan bukan keuntungan, Hatch telah menganjurkan program kemahiran teknikal dan kerjaya bagi membantu mereka menceburi bidang digital dan rekaan.



Dana tersebut menyediakan peluang yang dibiayai sepenuhnya bagi seramai 50 pelatih yang layak setahun, dengan para lulusan melaporkan kadar kenaikan pendapatan sebanyak $3,312 dalam pendapatan tahunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >