Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hati-hati jika kegiatan agama diadakan secara rahsia atau eksklusif

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



ADALAH penting bagi masyarakat Islam setempat secara tekal berusaha menimba ilmu Islam melalui asatizah yang berkelayakan dan berdaftar.



Ini di samping belajar daripada beberapa asatizah dan bukannya mendengar hanya daripada satu sumber rujukan sahaja.



Demikian nasihat Jawatankuasa Fatwa dalam fatwa berbentuk bimbingan yang dikeluarkan semalam.



Menurut jawatankuasa itu, ini termasuk belajar daripada asatizah yang berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



Selain itu, ia juga menasihati orang ramai agar merujuk dan berunding dengan asatizah dan ulama lain apabila mendapati ada pandangan daripada individu yang kelihatan bermasalah.



"Masyarakat perlu berwaspada terhadap ajaran daripada individu dan kumpulan yang menyeleweng.



"Mereka harus hanya merujuk perkara dan pertanyaan agama kepada guru yang bertauliah bagi memastikan kebenaran ilmu yang disampaikan.



"Masyarakat juga perlu berwaspada dengan sebarang kegiatan keagamaan oleh kumpulan atau pemimpin yang dijalankan secara rahsia dan eksklusif.



"Dalam Islam, ilmu tidak perlu disampaikan secara rahsia, kerana semuanya telah dijelaskan dan dimaklumkan kepada umum oleh Nabi Muhammad saw," jelas Jawatankuasa Fatwa.



Umumnya, masyarakat dinasihati agar berhati-hati dan mengelakkan menyertai kelas atau kegiatan agama yang dijalankan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertauliah.



Selain itu, jawatankuasa itu juga menyatakan bahawa orang ramai harus berhati-hati jika sesi keagamaan itu antaranya:



  • Diadakan pada lewat malam;

  • Tidak dibuka kepada orang ramai untuk hadir;

  • Dikendalikan oleh guru atau pemimpin yang tidak membenarkan pengikut mereka menyebarkan atau merekodkan apa yang telah diajar, melalui sebarang medium;

  • Dikendalikan guru dan pemimpin yang menggunakan sumber agama yang tidak disahkan, dan bergantung pada nota tulisan mereka sendiri, atau menyampaikan ajaran mereka secara lisan sahaja.

Jawatankuasa Fatwa menekankan bahawa Muslim setempat harus berhatihati terhadap sebarang ajaran agama yang diajar atau diamalkan secara rahsia dan secara eksklusif, atau daripada sumber yang meragukan dan tidak disahkan.



"Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menilai sumber ilmu, dan memastikan ia boleh dipercayai.



"Penjelasan yang diberikan ini adalah untuk membimbing masyarakat dan membantu mereka berwaspada terhadap ajaran sesat," ujar jawatankuasa tersebut.



Ia turut menambah, adalah penting juga untuk diketahui dakwaan bahawa seseorang atau sesuatu kumpulan adalah menyeleweng merupakan perkara yang amat serius.



"Oleh itu, seseorang mesti berhatihati dalam membuat aduan, dan tidak dengan mudah mengecam ajaran tertentu sebagai menyeleweng sebelum ini boleh dibuktikan secara sahih.



"Mungkin terdapat keadaan apabila guru agama telah tersilap tanpa disengajakan dalam membuat tafsiran, tanpa niat jahat untuk sengaja menyesatkan orang lain," jelas jawatankuasa itu.



Merumuskan kenyataan itu, Jawatankuasa Fatwa memohon agar Allah swt sentiasa memberi bimbingan kepada masyarakat Islam Singapura.



"Kita memohon kepada Allah swt agar melindungi masyarakat daripada musibah dan kesesatan di dunia dan akhirat," katanya.




PANDUAN ELAK TERJEBAK DALAM AJARAN SESAT



Jawatankuasa Fatwa berkata orang ramai harus berhati-hati jika sesi keagamaan itu antaranya:



  • Diadakan pada lewat malam;

  • Tidak dibuka kepada orang ramai untuk hadir;

  • Dikendali oleh guru atau pemimpin yang tidak membenar pengikut mereka sebar atau rekod apa yang diajar, melalui sebarang medium;

  • Dikendali guru dan pemimpin yang gunakan sumber agama tidak disahkan, dan bergantung pada nota tulisan mereka sendiri, atau sampaikan ajaran mereka secara lisan sahaja




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >