Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hati kini terbuka terima bapa tiri

Jul 01, 2018 | 05:30 AM



APABILA ibunya ingin berkahwin dengan seorang bekas pesalah dadah tahun lalu, Cik Nur Shuhadah Abdullah tidak dapat menerimanya.



Malah, beliau sanggup bertegang urat dengan ibunya. Ini disebabkan stigma dan stereotaip yang sering dikaitkan dengan bekas pesalah dadah.



"Saya terfikir kalau beliau ambil dadah lagi macam mana?" ujar pelajar politeknik berusia 19 tahun itu.



Namun, selepas menemani ibunya, Cik Rasidah Ali, 46 tahun, menghadiri sesi kaunseling bersama bapa tirinya di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana), hati Cik Nur Shuhadah semakin terbuka untuk menerima bapa tirinya sebagai sebahagian daripada keluarganya.



Kini, mereka sebuah unit keluarga yang kukuh dan sering meluangkan waktu bersama.



Malah, Cik Nur Shuhadah turut menyifatkan bapa tirinya sebagai bapa 'cool' yang memahami jiwa remajanya.



Menurutnya, beliau memutuskan menghadiri sesi kaunseling itu bersama keluarganya kerana berasa ia satu cara baik memperbaiki hubungan mereka dan mengenali bapa tirinya dengan lebih dekat.



"Di sesi kaunseling itu saya lihat individu yang pernah menyalahguna dadah sebenarnya daripada pelbagai latar belakang dan bukan satu golongan yang distereotaip saja.



"Sebenarnya mereka pernah melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Kita sepatutnya kenali mereka dengan lebih dekat dan fahami kenapa mereka melakukan kesilapan itu.



"Apabila kita faham mengapa mereka ambil dadah, kita akan sedar apakah sebabnya," ujar anak tunggal itu.



Selepas mengikuti sesi tersebut, Cik Nur Shuhadah berkata beliau kini faham mengapa bapa tirinya mengambil dadah.



Sebabnya adalah beliau dahulu tidak kuat menghadapi realiti kehidupannya.



Oleh itu, kata Cik Nur Shuhadah, beliau ingin sentiasa berada di samping keluarganya untuk memberi semangat dan kekuatan kepada bapa tirinya agar mereka dapat mengharungi apa jua cabaran bersama.



"Sekarang apabila saya melihatnya, bagi saya, beliau bukan bekas pesalah dadah, tetapi bapa tiri saya ini adalah seseorang yang pernah membuat kesilapan kerana tidak dapat menghadapi situasinya dahulu," ujarnya.



Menurut Cik Rasidah pula beliau tetap berkahwin dengan suaminya meskipun tahu beliau bekas pesalah dadah dan mendapat tentangan daripada beberapa teman dan anggota keluarga.



Ini kerana menurutnya, suaminya itu benar-benar ingin berubah dan ikhlas ingin memulakan hidup baru.



Meskipun kini hubungannya bersama sesetengah teman dan anggota keluarganya tidak rapat lagi ekoran perkahwinannya itu, Cik Rasidah berkata beliau dan suami serta anaknya juga menemui individu di kalangan keluarga mereka yang tetap memberi mereka sokongan.



"Pokoknya kami kini lebih rapat sebagai sebuah keluarga kecil dan suami saya pun sedang bekerja keras untuk mencari rezeki kerana kami akan berpindah ke rumah baru tidak lama lagi," ujar pegawai perkhidmatan awam itu.



Tambahnya, program yang mereka sekeluarga ikuti di Sana tentunya adalah permulaan bagi hubungan keluarga mereka yang rapat kini.



"Kalau kami boleh meraih manfaatnya, saya pasti anggota keluarga bekas pesalah dadah lain juga boleh meraih manfaatnya sekiranya mereka dapat menjadi lebih terlibat," kata Cik Rasidah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >