Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hawazi terima Anugerah Bawean Teladan

Jul 15, 2017 | 08:23 PM



MESKIPUN sudah bersara daripada politik dua tahun lalu, mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Encik Hawazi Daipi, masih giat menyumbang kepada masyarakat dan negara melalui pelbagai cara.



Sumbangan besar Encik Hawazi, 63 tahun, kepada Singapura diiktiraf Persatuan Bawean Singapura (PBS) yang menyampaikannya Anugerah Bawean Teladan malam ini.



Beliau menerima anugerah tersebut daripada Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, di majlis perjumpaan Hari Raya PBS, di Hotel Furama RiverFront.



Anugerah itu mengiktiraf anggota suku Bawean Singapura yang berjaya dalam bidang masing-masing.



Encik Hawazi telah berkecimpung dalam politik tanah air selama hampir dua dekad sebelum bersara pada 2015.



Sebelum menyertai politik, beliau berkhidmat sebagai guru dan Penolong Editor Berita Harian/Berita Minggu.



Kini, datuk dua cucu yang berusia dua dan empat tahun itu tetap sibuk dengan pelbagai komitmen termasuk selaku Pesuruhjaya Tinggi bukan Pemastautin Singapura ke Ghana dan wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin.



Encik Hawazi juga antara lain merupakan Pengerusi Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Ncada) dan Penasihat Persatuan Pembantu Rumah Warga Asing bagi Sokongan Sosial dan Latihan (Fast).



“(Anugerah ini) menjadi pendorong kepada saya untuk kekal aktif dalam kerja masyarakat walaupun sudah bersara daripada politik dan kerjaya dalam pemerintah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >