Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

HazMat kawal kebocoran gas ammonia di Ang Mo Kio

Feb 24, 2019 | 02:07 PM

SATU pasukan Bahan Berbahaya (HazMat) telah dikerah untuk memberi bantuan dalam satu kejadian kebocoran gas ammonia di Ang Mo Kio semalam (23 Februari).

Menerusi laman Facebook sekitar 10.20 malam tadi, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka memberi respons kepada kejadian di 7030 Ang Mo Kio Avenue 5 itu sekitar 8.20 malam.

SCDF mendapati gas ammonia terkeluar daripada sebuah bekas bocor dengan injap yang rosak di tingkat enam bangunan itu.

Sekitar 50 orang dipindahkan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menerusi Facebook sejurus sebelum 11 malam, SCDF berkata pakar HazMat telah menutup sumber kebocoran itu dan jet air telah digunakan untuk mendekontaminasi kawasan yang terjejas.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3