SKIM BELI BALIK PAJAKAN

HDB: 75% famili warga tua layak sertai skim

LEBIH ramai pemilik flat warga emas boleh memanfaatkan skim Beli Balik Pajakan (LBS), termasuk mendapatkan wang tunai lebih tinggi bagi pendapatan persaraan mereka, mulai hari ini.

LBS membolehkan pemilik flat warga tua yang telah mencapai Usia Pengeluaran (DDA, iaitu 63 tahun dan ke atas) dana Akaun Persaraan (RA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) menjual kembali sebahagian daripada tempoh pajakan 99 tahun flat mereka kepada pemerintah, dan menyimpan bakinya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan