Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB akan bina 1,500 flat BTO di estet matang Bukit Merah

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 1,500 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) akan dibina di estet perumahan matang di Bukit Merah.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan membangunkan tapak itu dalam tempoh terdekat untuk memenuhi permintaan kukuh bagi perumahan awam.



"Projek perumahan baru itu akan menambah tebaran lokasi perumahan awam bagi memenuhi keperluan berbeza rakyat Singapura, termasuk keluarga muda yang mahu tinggal berhampiran ibu bapa mereka di kawasan itu agar dapat saling menyokong dan menjaga satu sama lain,'' kata HDB dalam kenyataan bersama Penguasa Tanah Singapura (SLA) yang dikeluarkan semalam.



Seluas 3.7 hektar, tapak tersebut dibatasi Alexandra Road, Prince Charles Crescent dan Terusan Alexandra.



Ia terletak di lokasi yang baik iaitu sekitar 10 minit berjalan kaki dari Stesen MRT Redhill.



Tapak tersebut dahulunya merupakan bekas flat-flat sewa, kedai dan sebuah pasar.



Bangunan-bangunan itu dirobohkan pada 1990-an untuk memberi laluan kepada rancangan pembangunan masa depan yang boleh mengoptimumkan penggunaan tanah di situ.



Sejak 1998, tapak itu telah diperuntukkan untuk pembangunan kediaman dalam Pelan Induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



HDB dan SLA berkata, lokasi tapak berkenaan, yang dekat dengan Penghubung Taman Alexandra, menawarkan sambungan yang lebih baik ke bandar selain tempat beriadah yang boleh dimanfaatkan.



Bagi memudahkan pembangunan tapak Alexandra itu, tanah seluas 0.23 hektar yang kini merupakan tempat Pejabat Pos Alexandra dan penyewa SingPost akan diambil alih oleh pemerintah.



Kedua-dua agensi tersebut menambah mereka akan bekerjasama rapat dengan SingPost dan penyewanya untuk membantu mereka sepanjang proses pengambilalihan itu.



Ditanya jika flat itu akan dibangunkan di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH), HDB berkata perincian projek hadapan di bawah model PLH masih belum dimuktamadkan. Projek-projek ditawar di PLH akan diumumkan sebelum pelancaran BTO itu.



Di bawah model PLH, pemilik perlu membayar semula subsidi diberi HDB sebanyak 6 peratus apabila flat dijual semula dan mempunyai tempoh penginapan sementara (MOP) lebih lama iaitu 10 tahun. Sebanyak 960 unit flat BTO di Rochor adalah yang pertama ditawarkan di bawah model PLH.



Mengulas pengumuman itu, firma runding cara hartanah Huttons Asia berkata, pembinaan 1,500 flat HDB di Redhill 'amat menarik' kerana lokasinya dan ketersambungannya ke bahagian lain Singapura seperti Orchard Road dan Taman Bunga Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >