Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BAHAS BELANJAWAN PELAN HIJAU SINGAPURA

HDB akan pasang tempat cas kereta elektrik di 8 bandar

Pemerintah akan juga hentikan pendaftaran kereta diesel, teksi baru pada 2025
Mar 05, 2021 | 05:30 AM

TEMPAT meletak kereta di lapan bandar HDB akan dipasangkan dengan tempat mengecas kenderaan elektrik (EV) pada 2025, sebahagian usaha pemerintah membangunkan prasarana sokongan bagi kenderaan sedemikian.

Pendaftaran kereta dan teksi diesel baru pula akan dihentikan bermula tahun yang sama, dengan semua kereta dan teksi baru dikehendaki menggunakan tenaga lebih bersih dari 2030, sedekad sebelum semua kenderaan disini dimestikan menggunakan tenaga lebih bersih.

Sebuah Pusat Kenderaan Elektrik Nasional (NEVC) juga akan ditubuhkan di bawah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk memimpin usaha menggalak penggunaan EV di sini.

Mengumumkan perkembangan ini semalam, Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, pemerintah telah menetapkan sasaran mengadakan 60,000 tempat pengecas EV, termasuk 40,000 di tempat meletak kereta awam menjelang 2030.

"Bagi tempat meletak kereta yang sedia ada di estet perumahan awam, agensi sektor awam akan memimpin usaha memasang tempat mengecas (EV)," kata Encik Ong.

"Kami akan melaksanakannya secara berperingkat, dan secara di serata pulau mengikut bandar."

Menurut LTA, lapan bandar HDB yang dipilih bagi fasa pertama ini adalah Ang Mo Kio, Bedok, Choa Chu Kang, Jurong West, Punggol, Queenstown, Sembawang dan Tengah.

Bandar-bandar ini dipilih kerana mereka berada di serata Singapura dan mempunyai jumlah tinggi tempat meletak kereta yang mempunyai kapasiti elektrik yang boleh menampung pemasangan tempat mengecas EV, kata LTA.

Baki 16 bandar dijangka dipasangkan dengan tempat mengecas EV menjelang 2030.

Dalam pada itu, pemerintah akan menghentikan pendaftaran kereta diesel, teksi baru pada 2025.

Menurut Encik Ong, kenderaan bermotor di Singapura mengeluarkan 6.4 juta tan karbon dioksida atau asap serupa setahun.

Jika semua kenderaan ringan - termasuk kereta dan teksi - menggunakan elektrik, jumlah keseluruhan karbon yang dikurangkan sekitar 1.5-2 juta tan setahun

"Pengurangan ini sekitar 4 peratus pengeluaran asap nasional keseluruhan, ia bukan remeh," kata Encik Ong yang berkata ada penjimatan karbon 50 peratus apabila seseorang beralih ke kenderaan elektrik, meskipun elektrik dijana bahan api fosil.

Menurut Encik Ong, menghentikan pendaftaran kereta dan teksi baru membuka laluan bagi kereta lebih hijau, kerana kereta yang menggunakan diesel lebih mencemari udara.

Di Singapura, kenderaan diesel kebanyakannya kenderaan barangan dan bas.

Dalam kalangan kereta, jenis yang menggunakan diesel merangkumi 2.9 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 634,042.

Sebelum ini, kebanyakan teksi menggunakan diesel, tetapi lebih separuh telah beralih ke jenis hibrid petrol-elektrik.

Sehingga akhir 2020, hanya 41.5 peratus daripada 15,678 teksi di sini menggunakan diesel.

Secara perbandingan 95.8 peratus daripada 140,783 kenderaan barangan dan 99.4 peratus daripada 18,912 bas di sini menggunakan diesel.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3