Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB akan tambah 35 peratus bekalan BTO dalam tempoh 2 tahun

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan meningkatkan bekalan flat Bina Mengikut Tempahan (BTO) sebanyak 35 peratus bagi dua tahun mendatang untuk memenuhi permintaan kukuh setempat.



Menurut kenyataannya semalam, sehingga 23,000 flat BTO setahun akan dilancarkan pada 2022 dan 2023, berbanding 17,000 flat yang dilancarkan tahun ini.



Flat baru ini boleh dijangkakan di estet matang dan bukan matang seperti Bukit Merah, Jurong West, Kallang Whampoa, Queenstown, Tengah, Toa Payoh dan Yishun.



Bercakap dalam satu sidang media semalam, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee berkata HDB bersedia melancarkan sehingga sejumlah 100,000 flat pada tempoh 2021 hingga 2025 jika diperlukan.



Encik Lee menjelaskan sedang pemerintah menyederhanakan permintaan untuk hartanah, pemerintah mengenal pasti bahawa terdapat permintaan yang nyata dari pembeli rumah.



Justeru, usaha akan dijalankan untuk meningkatkan bekalan rumah dalam kededua pasaran privet dan awam bagi memenuhi permintaan perumahan.



"Kami telah perhatikan kadar permohonan BTO yang tinggi, yang telah meningkat lagi semasa pandemik.



"Kadar permohonan BTO telah meningkat daripada 3.7 permohonan bagi setiap flat BTO pada 2019 kepada 5.5 pada 2021.



"Ini meskipun kenaikan bekalan BTO daripada sekitar 14,600 unit pada 2019, kepada sekitar 17,000 unit setiap tahun pada 2020 dan 2021," ujar Encik Lee.



"Permintaan kukuh ini didorong oleh isi keluarga yang dibentuk hasil daripada perkahwinan dan trend sosial isi keluarga lebih kecil."



HDB menambah, faktor-faktor berkaitan Covid-19 serta pasaran jualan semula yang rancak, juga telah mendorong lebih banyak permintaan dalam pasaran BTO.



Menurut HDB, bekalan flat yang lebih tinggi ini akan menyediakan lebih banyak pilihan perumahan untuk pasangan muda yang merancang kehidupan berkeluarga serta keluarga berbilang generasi, golongan bujang, warga emas dan keluarga kali kedua.



Memandang ke hadapan, Encik Lee berkata pemerintah bersedia melancarkan sehingga 100,000 flat bagi 2021 hingga 2025.



"Tetapi kami akan menyesuaikan ini berdasarkan permintaan. Kami juga akan memantau rapat kemajuan projek BTO sekarang bagi memastikan ia mengikut jadual.



"HDB akan terus memantau permintaan perumahan dan membuat penyesuaian bagi memenuhi keperluan perumahan warga Singapura," tambah Encik Lee.



Penganalisis Kajian dan Kandungan Ohmyhome, Encik Mohan Sandrasegeran, berkata jumlah flat HDB yang mencapai tempoh penginapan minimum (MOP) tahun depan, adalah lebih tinggi berbanding tahun ini - iaitu sejumlah 31,325 flat.



"Ini adalah kenaikan 22.7 peratus berbanding 25,530 flat yang mencapai MOP pada 2021. Dengan lebih banyak bekalan berpotensi memasuki pasaran, pembeli akan mempunyai lebih banyak pilihan," ujarnya.



Mengulas tentang langkah meredakan pasaran terkini, Naib Presiden Kanan Kajian dan Analitik OrangeTee & Tie Pte Ltd, Cik Christine Sun, menjangka ia akan memberi sedikit kesan ke atas pasaran BTO.



"Permintaan untuk beberapa flat BTO, khususnya yang berharga lebih tinggi seperti di estet matang atau flat model perumahan awam lokasi utama (PLH), mungkin akan merosot disebabkan oleh kadar had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) yang diturunkan," tambahnya.



Di bawah langkah meredakan pasaran terkini, LTV bagi pinjaman HDB diturunkan kepada 85 peratus berbanding 90 peratus.



Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (Redas) menyokong usaha pemerintah membantu warga Singapura dan penduduk tetap membeli hartanah perumahan privet pertama mereka.



Ia mencadangkan agar pemerintah menimbangkan mereka yang berpindah ke rumah privet dari flat HDB buat pertama kali, untuk menangguhkan pembayaran cukai setem pembeli tambahan (ABSD) sehingga enam bulan selepas selesainya pembelian hartanah privet, seperti kondominium eksekutif.



Ini berbanding dengan pembayaran ABSD dalam masa 14 hari perjanjian penjualan dan pembelian ditandatangani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >