Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB akan umum model perumahan awam baru bagi kawasan perdana tidak lama lagi

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah berunding dengan meluas dan mendapatkan maklum balas rakyat Singapura mengenai rancangannya untuk satu model perumahan awam baru di kawasan-kawasan perdana negara ini.



Ia akan mengumumkan butirannya tidak lama lagi, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, semalam.



Model baru itu yang pertama kali diumumkan pada Disember, sedang dibincangkan sebagai usaha untuk mengelak kawasan-kawasan ini daripada menjadi estet eksklusif yang hanya boleh dimampui oleh mereka yang berkemampuan.



Bercakap semasa Majlis Anugerah HDB 2021, Encik Lee menekankan juga peri pentingnya kepelbagaian sosioekonomi dan kepelbagaian etnik di estet-estet HDB.



Menurut beliau, perumahan awam adalah aspek penting dalam usaha negara membina masyarakat yang inklusif dan bersatu padu.



"Kami berusaha untuk memastikan bandar dan kejiranan HDB kita mencerminkan kepelbagaian masyarakat kita, agar penduduk dari semua lapisan masyarakat dan latar belakang dapat berinteraksi dan menjalin hubungan kukuh dengan satu sama lain.



"Mana kita tinggal menjejas di mana kita makan dan beli-belah, anak-anak kita bermain dan ke sekolah," ujar Encik Lee.



Kata beliau, pemerintah mahu memastikan agar dalam kegiatan harian ini, warga Singapura mempunyai peluang mencukupi untuk bercampur gaul dengan mereka yang berbeza latar belakang.



Dengan cara ini, kita dapat memupuk masyarakat yang lebih bertolak-ansur, memahami dan inklusif.



"Ini sebabnya, misalnya, kami sedang mereka model baru perumahan awam di lokasi utama. Sebab jika diserahkan kepada pasaran bebas, kawasan-kawasan ini kemungkinan akan menjadi estet eksklusif yang hanya boleh dimampui oleh golongan berada.



"Tanpa campur tangan aktif, kuasa ekonomi dan kuasa sosial akan mendorong bandar terhadap susun lapis sedemikian dan perpecahan," tekan beliau.



Justeru, pemerintah bertekad untuk menghalang daripada ini berlaku, tegas Encik Lee.



"Makanya, kami akan mereka model perumahan awam baru yang akan membenarkan flat HDB di lokasi utama ini mudah diakses oleh warga Singapura yang berpelbagai berpendapatan.



"Kami telah mendapatkan pandangan rakyat secara meluas mengenai hal ini dan akan umumkan lebih banyak butiran, tidak lama lagi," tambahnya.



Encik Lee berkata, flat sewa awam juga akan dilancarkan di kawasan utama ini untuk keluarga berpendapatan rendah.



Malah, flat sewa akan disepadukan dengan flat yang dimiliki di serata Singapura, bukan sahaja di kawasan utama.



"Di beberapa tempat, kami akan bina flat sewa awam dan flat dimiliki di blok yang sama. Ini adalah antara cara untuk kita memastikan estet HDB terus inklusif," ujar beliau.




USAHA PASTIKAN ESTET HDB LEBIH INKLUSIF



"Kami berusaha untuk memastikan bandar dan kejiranan HDB kita mencerminkan kepelbagaian masyarakat kita, agar penduduk dari semua lapisan masyarakat dan latar belakang dapat berinteraksi dan menjalin hubungan kukuh dengan satu sama lain. Mana kita tinggal menjejas di mana kita makan dan beli-belah, anak-anak kita bermain dan ke sekolah...Ini sebabnya, misalnya, kami sedang mereka model baru perumahan awam di lokasi utama. Sebab jika diserahkan kepada pasaran bebas, kawasan-kawasan ini kemungkinan akan menjadi estet eksklusif yang hanya boleh dimampui oleh golongan berada. Tanpa campur tangan aktif, kuasa ekonomi dan kuasa sosial akan mendorong bandar terhadap susun lapis sedemikian dan perpecahan."
- Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >