Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB alami defisit lebih $4.3b, sebahagian besar disebabkan subsidi bagi flat baru

Agihan geran serta kenaikan kos binaan akibat pandemik turut faktor penyumbang
Nov 01, 2022 | 05:30 AM



SUBSIDI bagi flat-flat baru, pengagihan geran perumahan serta kerugian besar yang dialami dalam pembangunan dan penjualan flat, kebanyakannya akibat faktor berkaitan Covid-19, menyebabkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengalami defisit mencecah $4.367 bilion pada tahun kewangan 2021 (FY2021) yang berakhir 31 Mac lalu.



Defisit sekitar 86 peratus ini lebih tinggi berbanding $2.346 bilion yang dialami setahun sebelumnya.



Sebahagian besarnya atau $3.85 bilion, disebabkan kerugian besar bagi flat-flat yang sedang dibina, pengagihan geran-geran Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan kerugian kasar atas penjualan flat-flat bersubsidi di bawah program pemilikan rumah, kata HDB semalam.



Kerugian yang dialami di bawah program itu naik hampir seganda berbanding $1.95 bilion pada tahun sebelumnya, sedang 66 peratus lebih banyak projek Bina Ikut Tempahan (BTO) mula dibina pada tahun lalu dan lebih banyak flat dijual, lantas lebih banyak subsidi dan geran ditawarkan kepada pembeli, tambah HDB.



HDB mengadakan taklimat media Jumaat lalu sebelum mendedahkan laporan tahunannya semalam, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini di mana ia sekadar mengeluarkan laporannya sahaja.



Ini berikutan kebimbangan yang bertambah menyusuli kemampuan perumahan, dengan harga rumah meningkat sepanjang dua tahun lalu.



Pada September lalu, laman Facebook The Alternative View dikenakan Arahan Pembetulan selepas satu catatannya itu mengandungi dakwaan palsu kononnya HDB meraih keuntungan daripada penjualan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Central Weave @ AMK.



Menegaskan hal itu di Parlimen, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata kerugian keseluruhan bagi projek itu mencecah sekitar $270 juta.



Dakwaan yang menyatakan bahawa HDB meraih keuntungan daripada pembangunan dan penjualan flat BTO adalah palsu, tambahnya.



Semalam Encik Lee berkata defisit yang dialami HDB di bawah program pemilikan rumah menunjukkan akan komitmen pemerintah bagi memastikan perumahan awam kekal dimampui, mudah diakses dan inklusif.



Semasa satu taklimat Jumaat lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDB, Encik Tan Meng Dui, berkata defisit yang tinggi itu disebabkan subsidi yang dilaksanakan ke atas flat-flat baru, pengagihan geran perumahan, lebih banyak unit yang memulakan pembangunan dan kenaikan kos binaan akibat pandemik Covid-19.



Daripada defisit $3.85 bilion yang dialami di bawah segmen Pemilikan Rumah, sekitar $2.262 bilion timbul akibat kerugian yang dijangkakan bagi flat-flat yang dibina akibat daripada kos binaan yang lebih tinggi, yang telah meningkat sekitar 30 peratus sejak FY2019/2020.



HDB berkata ia telah menyerapkan kos-kos tersebut.



HDB telah mengalami kerugian kasar sekitar $659 juta bagi penjualan flat, kenaikan daripada $356 juta setahun sebelum itu.



Pada tahun lalu, sekitar 15,000 flat telah selesai dibina dan dialihkan kepada pembeli, naik daripada 8,124 unit pada tahun sebelumnya.



Geran-geran perumahan CPF yang mencecah $849 juta telah diagih kepada pembeli flat-flat jualan semula dan kondominium eksekutif, berbanding $791 juta pada tahun sebelumnya.



HDB juga mengalami defisit sebanyak $392 juta bagi program-program peningkatan seperti Program Pembaikan Rumah (HIP) dan Program Peningkatan Lif (LUP).



Lagi $352 juta dibelanjakan ke atas kerja-kerja pembaikan tempat letak kereta dan membina semula longkang.



Bantuan pada para pembeli rumah, seperti penggantungan yuran lewat bayar, mencecah $15 juta, sedang pengecualian yuran sewa bagi pemilik kedai menelan belanja $115 juta.



HDB mengalami defisit setiap tahun melainkan FY2020/2021 apabila ia merosot kepada $2.34 bilion daripada $2.66 bilion setahun sebelum itu, apabila pandemik Covid-19 menjejas kerja-kerja binaan.



LAPORAN SELANJUTNYA: Flat baru terima subsidi tinggi, harga tidak berdasarkan kos binaan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >