Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB ambil pendekatan menyeluruh bagi nilai permintaan flat sewa awam

Nov 08, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengambil pendekatan menyeluruh dan berdasarkan keperluan apabila menilai permintaan bagi flat sewa awam, mempertimbang pelbagai faktor seperti pendapatan, saiz isi rumah dan sokongan keluarga, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Had pendapatan $1,500 bagi perumahan sewa awam hanya satu garis panduan dan bukan had yang tetap.



Beliau menekankan demikian di Parlimen semalam sebagai menjawab pertanyaan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) berhubung bagaimana kriteria kelayakan perumahan sewa HDB dan kadar sewa terjejas oleh kenaikan gaji disebabkan Model Gaji Progresif (PWM) dan sama ada mereka bergaji rendah yang mungkin menjadi tidak layak bagi perumahan sewa atau yang perlu membayar sewa lebih tinggi disebabkan gaji lebih tinggi akan tawar hati untuk menyewa flat HDB.



"Pemohon tidak akan ditolak berdasarkan pendapatan sahaja, kerana HDB juga akan mempertimbang keadaan pemohon, termasuk saiz isi rumah mereka, sokongan keluarga, pilihan dan bajet perumahan," katanya.



Bagi penyewa sedia ada yang mendapat kenaikan gaji, HDB tidak akan menaikkan sewa mereka sewaktu penggal penyewaan semasa.



Apabila sewa mereka disemak ketika pembaharuan penyewaan, HDB juga akan mempertimbang faktor lain seperti saiz isi rumah, di samping pendapatan, untuk memastikan sewa kekal dimampui, kata Dr Faishal.



Di mana perlu, HDB akan menggunakan fleksibiliti berdasarkan keadaan individu.



Dalam kes di mana sewa dinaikkan, HDB juga akan memastikan kenaikan sewa lebih rendah berbanding kenaikan pendapatan, supaya penyewa sentiasa berada dalam keadaan lebih baik apabila gaji mereka meningkat, kata beliau.



"Dengan peningkatan gaji menerusi PWM, kami berharap lebih ramai pekerja bergaji lebih rendah akan dapat membeli rumah mereka sendiri.



"HDB mempunyai pelbagai langkah yang ditetapkan untuk membantu penghuni rumah sewa awam untuk berpindah ke pemilikan rumah," katanya.



Ini termasuk geran seperti Geran Perumahan CPF Dipertingkat dan Geran Perumahan CPF Step-Up, Skim Perumahan Permulaan Baru, keutamaan dalam latihan jualan menerusi Skim Keutamaan Penyewa, serta bimbingan peribadi mengenai proses membeli rumah daripada Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah HDB.



Sebaik sahaja penyewa rumah sewa awam menandatangani Perjanjian Pajakan untuk membeli flat baru, sewa mereka tidak akan dinaikkan sepanjang tempoh penginapan mereka, walaupun pendapatan mereka meningkat dalam tempoh sebelum flat mereka siap, tambah Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >