Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB beri geran hampir $2b agar rakyat Singapura kekal mampu beli flat

Jan 04, 2016 | 10:47 AM



DEMI memastikan flat kekal dimampui rakyat Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) memberi hampir $2 bilion kepada isi rumah, di bawah dua geran perumahan awam utama.


Di bawah skim Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG), yang menawarkan hingga $40,000 bagi pembeli flat baru atau jualan semula kali pertama, $1.6 bilion diberi kepada 82,873 keluarga sejak ia diperkenal pada Mac 2006.


Bagi Geran Perumahan CPF Khas (SHG), yang memberi hingga $40,000 kepada pembeli flat empat bilik dan lebih kecil baru kali pertama, $297.6 juta diberi kepada 19,542 isi rumah sejak diperkenal pada Mac 2011.


Kebanyakan keluarga - 17,930 - mengambil SHG selepas ia diubah pada Julai 2013, apabila siling pendapatannya dinaikkan dan geran tersebut diperluas kepada pembeli flat empat bilik. Sebelum itu, ia diberi hanya bagi flat tiga dan dua bilik.


Angka HDB menunjukkan dari Januari hingga akhir November lalu, 8,098 keluarga menerima AHG, kurang daripada 9,817 pada keseluruhan 2014.


Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lalu, 7,192 keluarga menerima SHG, berbanding 10,095 pada keseluruhan 2014.


Ia lebih rendah walaupun SHG diubah pada Ogos lalu agar lebih menarik dan boleh dimanfaatkan lebih banyak keluarga.


Di bawah perubahan itu, keluarga berpendapatan hingga $8,500 sebulan layak, berbanding maksimum $6,500 sebelum itu.


Ini membuat tambahan 6,500 keluarga yang layak menerima geran tersebut.


Jumlah maksimum geran pula dinaikkan daripada $20,000 kepada $40,000.


Antara sebab jumlah keluarga yang menerima AHG dan SHG lebih rendah ialah pemberian bagi pelancaran besar-besaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) November lalu tidak termasuk dalam angka 2015 itu, menurut HDB.


Jika ia diambil kira jumlah keluarga yang menerima dua geran itu pada 2015 lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >