Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB buka tender pasang panel suria di 1,198 blok, 57 tapak

Mar 13, 2021 | 05:30 AM



DALAM usaha terbarunya untuk menjana lebih banyak tenaga bersih di Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam telah melancarkan tender keenamnya untuk memasang panel suria di sekitar 1,198 blok HDB dan 57 tapak pemerintah.



Ini bagi memenuhi permintaan untuk menjana sebanyak 70 megawatt-puncak (MWp) di seluruh kawasan pemerintah dan blok HDB yang dikendalikan oleh majlis bandar Sembawang, Tampines dan Tanjong Pagar.



Kawasan pemerintah yang akan mengambil bahagian dalam tender ini termasuk 40 sekolah rendah dan menengah, serta Loji Penyahgaraman Tuas South dan Balai Bomba Kallang.



Ini merupakan sebahagian daripada program SolarNova Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan HDB yang dilancarkan pada 2014 untuk mengumpulkan permintaan suria daripada pelbagai agensi untuk menikmati skala ekonomi.



Sebagai sebahagian daripada tender ini, vendor akan diminta untuk memasang sub-meter elektrik pintar di blok HDB yang mampu mengesan corak penggunaan tenaga dan prestasi bagi khidmat umum seperti lif, lampu dan pam air di setiap blok.



Dengan data ini, HDB dan majlis bandaran mampu mengoptimumkan kitaran penyelenggaraan khidmat umum ini, serta mengesan kelainan seperti kerosakan.



Di bawah program SolarNova, tenaga suria yang dipajak akan digunakan untuk khidmat umum di estet HDB pada siang hari. Tenaga berlebihan pula akan disalurkan ke grid elektrik.



Secara purata, blok HDB mampu mencapai penggunaan tenaga sifar bersih di kawasan umum, yang bermaksud bangunan tersebut menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding tenaga yang digunakan.



Bagi kesemua tender yang telah dilancarkan, HDB telah memberi komitmen untuk menghasilkan kapasiti solar sebanyak 330 MWp bagi 6,901 blok HDB.



Ini sama dengan memberi tenaga kepada 82,500 flat empat bilik dan mempunyai potensi untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 198,000 tan setahun, kata HDB.



HDB kekal sebagai pemacu terbesar Singapura dalam langkah suria, dengan negara ini berikrar akan meningkatkan penjanaan tenaga bersihnya dan mengurangkan pengeluaran karbon sebagai sebahagian usaha global memerangi perubahan iklim.



HDB sedang berusaha untuk meningkatkan kapasitinya bagi tenaga suria, iaitu 540 MWp menjelang 2030,



Sasaran baru itu diumumkan pada 2019, dan ia bermakna sepanjang 10 tahun akan datang, HDB akan mempunyai kapasiti suria yang bersamaan dengan membekalkan tenaga kepada sekitar 135,000 flat empat bilik menggunakan tenaga bersih.



Sehingga Disember lalu, sekitar 2,470 blok HDB telah dipasang dengan panel suria. Pemasangan panel suria bagi 2,080 blok HDB masih sedang dijalankan atau akan dimulakan tidak lama lagi.



Ketua eksekutif HDB, Encik Tan Meng Dui berkata: "Ketika inovasi dan penyelesaian baru muncul, HDB akan terus memperkuat kemampuan suria kami dan memperluaskan lagi kapasiti panel terpasang kami, sebagai sebahagian daripada usaha nasional untuk membangunkan bandar-bandar yang lebih hijau dan mampan, sambil mengurangkan jejak karbon Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >