Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB cari idea dan aplikasi 'cool' bagi pertingkat kehidupan flat

HDB
Jun 01, 2016 | 03:35 PM



ANDA mempunyai idea untuk menggunakan teknologi maklumat (IT) bagi meningkatkan kehidupan di kawasan kejiranan anda?



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan satu pertandingan tiga hari - hackathon - pada 24 Jun bagi mereka yang mempunyai idea itu, dan anda tidak perlu pintar IT untuk menyertainya.



Hackathon sulung itu, dinamakan HDB Cool Ideas Hack, dibuka kepada semua orang tanpa mengira kepakaran teknologi mereka.



HDB berharap ini akan membolehkan orang daripada latar belakang dan bidang kepakaran berbeza tampil bersama-sama dan mewujudkan huraian praktikal dalam bentuk aplikasi mudah alih atau berasas Web, atau sembarang idea lain yang menggunakan teknologi, bagi meningkatkan ikatan masyarakat, perkongsian maklumat dan kehidupan mesra eko di estet HDB.



Pertandingan itu sebahagian daripada Cool Ideas HDB, iaitu inisiatif Kehidupan HDB Lebih Baik yang bertujuan mengumpulkan idea daripada masyarakat untuk memperbaiki kehidupan penghuni flat dengan mengatasi isu-isu biasa yang mereka hadapi.



Sejak pelancaran inisiatif itu pada Julai 2011, HDB telah menerima lebih 500 idea daripada masyarakat bagi meningkatkan kehidupan HDB.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDB, Dr Cheong Koon Hean, berkata hackathon itu "boleh memperkasa dan menggalak orang ramai tampil dengan idea baru yang boleh meningkatkan pengalaman kehidupan HDB harian mereka".



Terdapat tiga kategori dalam pertandingan itu: satu bagi syarikat permulaan dan syarikat lain, satu untuk pelajar posmenengah; dan kategori terbuka bagi orang ramai yang tidak mewakili sembarang pertubuhan atau sekolah.



Pasukan berjaya dapat menguji idea atau aplikasi mereka di bandar dan estet HDB, dengan hadiah berjumlah $20,000 untuk dimenangi.



Untuk membantu peserta bersedia bagi hackathon itu dan proses pembangunan idea mereka, HDB akan menganjurkan bengkel prahackathon bermula 18 Jun.



Melalui bengkel itu, peserta akan mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai teknologi yang boleh membantu mereka membangunkan prototaip semasa hackathon tersebut.



Penceramah juga akan berkongsi pengalaman mereka dalam membangunkan idea inovatif.



Tempoh pendaftaran bagi HDB Cool Ideas Hack dibuka dari sekarang hingga 24 Jun.



Untuk mendaftar dan mengetahui maklumat lanjut mengenai acara itu, layari www.upsingapore.com/events/hdb-cool-ideas-hack/.



Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai hackathon itu and meninjau saranan Cool Ideas lalu, layari www.facebook.com/hdbcoolideas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >