Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB dapat taraf paling kuat agensi penarafan kredit Moody's

Oct 15, 2015 | 03:04 PM



AGENSI penarafan kredit Moody's telah memberi penarafan tiga A - paling kuat - kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).


Ia juga memberi penarafan Aaa sementara kepada HDB bagi program Nota Jangka Sederhana (MTN) Pelbagai Mata Wang berjumlah $32 bilion. MTA ialah sejenis instrument hutang.


Penarafan tinggi itu diberi sebahagian besarnya disebabkan hubungan HDB dengan pemerintah Singapura, yang sendirinya diberi penarafan tertinggi oleh agensi-agensi kredit.


Moody's menyatakan kebanyakan kegiatan HDB tidak menguntungkan tetapi saiz kerugian tahunannya yang semakin berkembang mencerminkan misi sosialnya.


Ia menyatakan sedang kegiatan pembinaan meningkat, defisit HDB bertambah dengan mantap daripada $427 juta pada 2011 dan 2012 kepada $2 bilion pada 2014 dan 2015.


"Bagaimanapun, defisitnya lebih daripada dilindungi sepenuhnya oleh pindahan pemerintah," ujarnya.


Di bawah program MTN itu, HDB boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan bon (atau nota) untuk membiayai program pembangunan dan keperluan modal kerja, dan juga bagi membiayai semula pinjaman sedia ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >