BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA
HDB dedah projek BTO lebih awal, hasil undi lebih cepat
Lawrence Wong: Perubahan proses BTO bagi bolehkan pembeli buat keputusan lebih baik
WARGA Singapura yang ingin membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) boleh mendapatkan maklumat tentang projek BTO enam bulan sebelum projek itu dilancarkan bermula Mei ini, berbanding tiga bulan sekarang.
Selain itu, pemohon flat akan menerima keputusan undian (ballot) BTO lebih cepat, iaitu dalam masa tiga minggu, berbanding enam minggu sekarang.