Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB: Jumlah maksimum penyewa tanpa hubungan keluarga dikurang jadi 6 mulai 1 Mei

Feb 01, 2018 | 04:37 PM



PEMILIK flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik atau lebih besar hanya boleh menyewakan rumah paling ramai kepada enam orang yang tidak memiliki hubungan keluarga dengan mereka bermula 1 Mei ini, kata HDB hari ini.



Jumlah itu diturunkan daripada had sembilan orang sekarang.



HDB juga mengurangkan bilangan penduduk yang dibenarkan menetap dalam ruang kediaman tiga bilik komersial, daripada lapan kepada enam orang.



Menurut lembaga tersebut, perubahan itu bertujuan mengurangkan masalah akibat kesesakan.



Langkah itu juga boleh mengekalkan "persekitaran hidup yang selesa" di estet perumahan awam Singapura.



HDB juga berkata dasar baru itu sejajar langkah Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Mei lalu, yang berkata hartanah kediaman swasta hanya boleh disewakan kepada tidak lebih enam penyewa tanpa hubungan keluarga dengan pemilik.



Apabila peruntukan baru itu bermula pada 1 Mei, had yang disemak bagi HDB itu hanya dikenakan apabila perjanjian sewa diperbaharui atau apabila terdapat perubahan penduduk flat itu.



Selain itu, semua pemilik flat, serta semua pemilik dan penyewa harta komersial, perlu mendapatkan kelulusan sebelum mereka memulakan perjanjian penyewaan.



Sekarang, peraturan tersebut hanya melibatkan pemilik flat yang berhasrat menyewakan seluruh flat mereka.



Buat masa ini, pemilik hartanah komersial HDB juga tidak memerlukan kelulusan sedemikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >