HDB kaji bina flat lebih dingin, guna teknik cetak 3D
Jul 24, 2019 | 05:30 AM
LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang mengkaji cara membina flat yang boleh bertukar menjadi lebih dingin agar mampu menghadapi cuaca panas di Singapura.
Lembaga tersebut juga sedang meneroka cara membaiki kaedah percetakan konkrit tiga dimensi (3D) untuk mendirikan bangunan serta membangun prasarana flat bijak.