Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:06
Setempat

HDB lancar 3,095 flat BTO di Toa Payoh dan Sembawang

Feb 11, 2020 | 11:44 AM

LEMBAGA Perumahan dan Pembangungan (HDB) telah melancarkan 3,095 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dalam latihan penjualan pertamanya tahun ini pada hari Selasa (11 Februari).

Flat itu ditawarkan dalam dua projek perumahan estet matang Toa Payoh - satu di Kim Keat dan satu lagi di Caldecott - dan satu projek di Sembawang.

Di Toa Payoh, sekitar 920 flat fleksi dua bilik, tiga bilik dan empat bilik ditawarkan di projek Toa Payoh Ridge, yang terletak di tapak antara stesen MRT Caldecott dan Braddell.

Satu lagi projek di Kim Keat, bernama Kim Keat Ripples, mempunyai 708 unit fleksi dua bilik dan jenis empat bilik.

Di kedua-dua lokasi Toa Payoh itu, harga bermula dari $ 90,000, tidak termasuk geran, untuk fleksi dua bilik dan $395,000 untuk flat empat bilik.

Di Sembawang, sebanyak 1,467 unit yang ditawarkan terdiri daripada fleksi dua bilik hingga lima bilik, termasuk 45 flat tiga generasi.

Projek itu, yang dikenali sebagai Canberra Vista, terletak di sebelah stesen MRT Canberra yang baru dibuka.

Harga bermula dari $89,000, tidak termasuk geran, untuk flat fleksi dua bilik, $ 272,000 untuk flat empat bilik dan $355,000 untuk flat tiga generasi.

Permohonan untuk flat BTO itu akan ditutup pada 17 Februari.

Pada Mei nanti, HDB akan menawarkan 3,750 flat BTO di Choa Chu Kang, Tengah, Pasir Ris dan Tampines.

Lebih 4,080 flat BTO di Woodlands, Ang Mo Kio, Bishan, Geylang, dan Tampines pula akan dilancarkan pada bulan Ogos.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian