HDB lancar 3,700 flat dalam penjualan pertama tahun ini
Merangkumi flat di Jurong West, Sengkang dan Kallang Whampoa
Feb 13, 2019 | 05:30 AM
LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam melancarkan 3,739 flat dalam latihan penjualan pertama tahun ini.
Pelancaran itu merangkumi 3,162 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet-estet tidak matang di Jurong West dan Sengkang, serta estet matang di Kallang Whampoa.