LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan lebih 9,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Penjualan Baki Flat (SBF) - latihan terbesar sejauh ini.
Daripada jumlah ini, sebanyak 4044 ialah flat BTO di Clementi, Tampines, Punggol dan Sembawang.
Ini termasuk rumah pertama yang dilengkapi dengan infrastruktur teknologi bijak di kawasan Punggol Northshore.
Termasuk geran perumahan, harga flat dua, tiga, empat dan lima bilik masing-masing bermula dari $15,000, $102,000, $203,000 dan $354,000.
Sebanyak 5,387 flat pula ditawarkan di bawah SBF, di estet seperti Woodlands, Jurong, Bukit Merah dan Queenstown.
Ini adalah pelancaran kedua untuk tahun ini, menjadikan bilangan unit BTO yang ditawarkan tahun ini sebanyak 8,039.
HDB akan melancarkan lagi 4,860 flat di Bidadari dan Punggol Northshore semasa latihan BTO seterusnya pada Ogos ini.