Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar hampir 7,000 flat baru

1,500 flat yang ditawarkan adalah Jualan Baki Flat di pelbagai estet
May 30, 2023 | 08:00 PM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan 6,995 flat baru untuk dijual pada Selasa, di mana 1,500 daripadanya ialah Jualan Baki Flat (SBF) di beberapa estet.

Terdapat 5,495 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang ditawarkan di lima projek perumahan.

Tiga daripadanya terletak di estet matang Bedok, Kallang/Whampoa dan Serangoon, manakala dua lagi di estet tidak matang, iaitu Tengah.

Kira-kira 90 peratus daripada flat BTO mempunyai masa menunggu kurang empat tahun. Dalam kalangan empat daripada lima projek yang ditawarkan, tempoh menunggu adalah dari tiga tahun satu bulan hingga tiga tahun lapan bulan, kata HDB dalam kenyataannya.

HDB berkata ia menjangkakan permintaan kukuh bagi flat di Bedok dan Serangoon. Pelancaran BTO terakhir di Bedok adalah pada November 2016, manakala 150 apartmen studio bagi warga emas dilancar di Serangoon pada Januari 2014.

Sebanyak 1,640 flat ditawarkan di Bedok South Blossoms, yang terletak di tapak berhampiran stesen MRT Tanah Merah, yang bersempadan dengan Bedok South Road dan Bedok South Avenue 3.

Harga bagi flat lima bilik di Bedok South Blossoms antara $588,000 dengan $737,000, sementara flat empat bilik berharga antara $488,000 dengan $587,000. Flat tiga bilik pula berharga antara $320,000 dengan $396,000.







Terdapat 330 flat ditawarkan di Serangoon North Vista, yang terletak di tapak yang bersempadan dengan Serangoon Avenue 1 dan Yio Chu Kang Road.

Flat empat bilik di kawasan itu berharga antara $397,000 dengan $496,000 sementara flat lima bilik dijual antara $558,000 dengan $658,000.

Flat lima bilik yang ditawarkan di kededua estet itu membentuk lebih 40 peratus jumlah bekalan flat lima bilik pada pelancaran Mei.

Farrer Park Arena, terletak di tapak yang bersempadan dengan Farrer Park Road dan Dorset Road, mempunyai 569 unit flat tiga bilik dan empat bilik berharga antara $362,000 dengan $642,000.

Projek itu terletak di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH), yang dilengkapi dengan syarat jual beli yang lebih ketat, termasuk ‘clawback’ subsidi enam peratus jika flat itu dijual semula dengan tempoh penginapan minimum (MOP) 10 tahun.

Flat BTO biasa disertakan dengan MOP lima tahun dan tidak mempunyai klausa ‘clawback’.

HDB menyatakan 20 peratus flat PLH di Farrer Park Arena akan diketepikan untuk keluarga yang memohon buat pertama kali, sementara dua peratus flat akan diketepikan untuk keluarga pemohon kali kedua di bawah Skim Keutamaan Anak Sudah Berumah Tangga (MCPS).

Dua projek di Tengah pula, iaitu Parc Meadow @ Tengah dan Plantation Verge, mempunyai hampir 3,000 flat.

HDB berkata pemohon yang ingin berpindah ke flat mereka lebih awal boleh mempertimbangkan untuk memohon flat di Parc Meadow @ Tengah, yang mempunyai tempoh menunggu antara tiga tahun satu bulan dengan tiga tahun empat bulan.

Tempoh menunggu untuk empat projek lain pula antara tiga tahun dan lima bulan dengan empat tahun.

Dalam catatan Facebooknya, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata pemerintah komited untuk menyediakan pilihan rumah yang memenuhi bajet dan keperluan keluarga yang berbeza.

“Daripada flat di Tengah yang direka untuk mengintegrasikan kehijauan yang subur, kepada flat di estet matang Bedok dan Serangoon untuk keluarga yang ingin hidup lebih berhampiran bagi penjagaan dan sokongan bersama - ada sesuatu untuk semua.”

Pada Ogos, HDB akan menawarkan sekitar 6,700 flat BTO di estet seperti Choa Chu Kang, Tengah, Kallang/Whampoa dan Queenstown.

Menyusuli itu, pada November, yang merupakan pelancaran akhir bagi 2023, HDB akan menawarkan sekitar 6,300 flat di estet seperti Bukit Panjang, Jurong West, Woodlands, Bedok, Bishan, Bukit Merah dan Queenstown.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >