Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar lebih 5,700 flat BTO di lima estet

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



SEJUMLAH 5,795 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dilancarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam, dalam penjualan terakhir bagi tahun ini.



Flat itu ditawarkan melalui tujuh projek perumahan di lima estet.



Projek perumahan terbesar ialah Bishan Ridges, yang menawarkan 1,502 flat dua bilik flexi, tiga bilik dan flat empat bilik.



Harga flat di estet Bishan Street 14 itu bermula daripada $374,000, tanpa geran, bagi flat tiga bilik dan $528,000 bagi flat empat bilik.



Selain Bishan, flat lain terletak di bandar matang Toa Payoh (Bidadari) dan Tampines, serta bandar belum matang Sembawang dan Tengah.



Dua projek BTO ditawarkan di Toa Payoh (Bidadari).



ParkView @ Bidadari menawarkan 358 flat tiga bilik dan empat bilik di sebelah Tasik Alkaff yang bakal dibina dan tidak jauh dari stesen MRT Woodleigh.



Projek kedua ialah Bartley Beacon, dengan 880 flat tiga bilik, empat bilik dan lima bilik di tapak bersebelahan Sekolah Tinggi Maris Stella dan tidak jauh dari stesen MRT Bartley.



Di kedua-dua lokasi, harga bermula daripada $324,000 bagi flat tiga bilik dan $466,000 untuk flat empat bilik.



Flat lima bilik di Bartley Beacon bermula daripada $627,000, menjadikannya flat paling mahal dalam pelancaran kali ini.



Flat di Toa Payoh itu dianggarkan siap dalam suku pertama dan kedua 2025.



Di Tampines, 750 flat dua bilik flexi, empat bilik dan lima bilik ditawarkan di Tampines GreenEmerald, di tapak bersebelahan Bedok Canal, dekat simpang Bedok Reservoir Road dan Tampines Street 96.



Harga bermula daripada $334,000 bagi flat empat bilik dan $460,000 untuk flat lima bilik.



Terdapat dua projek perumahan di Tengah, iaitu Garden Court @ Tengah, yang menawarkan 790 flat dua bilik flexi, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik, dan Garden Terrace @ Tengah dengan 789 flat dua bilik flexi, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik.



Di Sembawang, 726 flat dua bilik flexi, tiga bilik, empat bilik dan lima bilik ditawarkan di Sun Sails.



Selain itu, sebanyak 5,220 flat ditawarkan dalam Jualan Baki Flat (SBF) pertama tahun ini.



Flat itu terletak di estet matang dan belum matang seperti Marine Parade, Queenstown, Clementi, Punggol dan Sengkang.



Permohonan flat ditutup pada 23 November. Flat akan diperuntukkan melalui undian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >