Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar lebih 6,300 flat BTO dan SBF dalam penjualan kedua tahun ini

May 25, 2021 | 03:04 PM



SEJUMLAH 6,373 flat telah ditawarkan dalam penjualan kedua flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dan Jualan Baki Flat (SBF) tahun ini oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). 



Flat yang ditawarkan ini merangkumi 3,879 unit BTO dan 2,494 unit SBF yang terletak di pelbagai bandar dan estet perumahan di sekitar negara.



Flat BTO yang ditawarkan melalui empat projek perumahan di empat estet perumahan, terletak di Bukit Merah (Telok Blangah Beacon), Geylang (MacPherson Weave), Tengah (Garden Bloom @ Tengah) dan Woodlands (Woodgrove Ascent).



Dari empat projek yang dilancarkan itu, Telok Blangah Beacon di Bukit Merah memiliki jumlah unit paling sedikit yang ditawarkan, dengan hanya 175 flat tiga bilik dan empat bilik sementara projek perumahan terbesar ialah Woodgrove Ascent di Woodlands Avenue 1, yang menawarkan 1,540 flat dua bilik flexi, tiga bilik, empat bilik serta lima bilik.



Selain itu, sebanyak 2,494 flat ditawarkan dalam Jualan Baki Flat (SBF). Flat itu terletak di estet matang dan bukan matang seperti Jurong East, Yishun, Marine Parade, Queenstown dan Clementi.



Permohonan flat ditutup pada Isnin (31 Mei). Flat akan diperuntukkan melalui undian.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >