Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar portal baru jual beli flat

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam melancarkan portal baru berkenaan urusan jual beli flat.



Pelancaran portal yang bermatlamat mempermudah segala urusan jual beli flat itu diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dalam catatannya di Facebook semalam.



Mereka yang berminat membeli flat baru seperti menerusi tempahan terbuka Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Jualan Baki Flat (SBF) boleh melayari Portal Flat HDB di alamat homes.hdb.gov.sg/home/landing.



"Portal baru ini akan memudahkan pembeli dan penjual rumah mendapatkan maklumat pembelian atau penjualan sesebuah flat dalam satu platform bersepadu," ujar Encik Lee.



Sebagai contoh, portal tersebut memaparkan alat menghitung bajet dan kewangan serta peta yang mampu menunjukkan projek baru HDB mengikut cita rasa pengguna.



Beberapa ciri bagaimanapun memerlukan proses daftar masuk menggunakan SingPass.



Portal tersebut dibina hasil perbincangan dengan pihak industri dan akan dibangunkan lagi secara bertahap, tambah Encik Lee.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >