Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

HDB pasang pengadang dalam flat sewa untuk penyewa dapat lebih privasi: Faishal

Nov 10, 2022 | 05:30 AM



DALAM usaha menawarkan lebih privasi, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah mula memasang pengadang dalam flat sewa sedia ada atas permintaan penghuninya, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen semalam.



Menurut beliau, pada masa ini terdapat 1,230 flat yang mempunyai pengadang dan HDB akan terus meletak pengadang dalam flat sewa baru apabila boleh dan memasangnya dalam flat sedia ada atas permintaan penghuni.



"Flat sewa di bawah Skim Berkongsi Flat bagi Orang Bujang (JSS) disediakan berdasarkan perkongsian flat dan ini membenarkan flat memenuhi keperluan warga Singapura berpendapatan rendah bagi bantuan perumahan.



"Bagi pemohon JSS yang mempunyai keadaan luar kebiasaan, seperti berkaitan perubatan, HDB bersikap fleksibel bagi membenarkan mereka menyewa flat seorang diri.



"Sedang ramai pemohon dan penghuni mendapat rakan seflat dan tinggal dengan aman di bawah JSS, sesetengahnya menghadapi kesukaran untuk memohon atau berkongsi flat, dan kami telah menyemak dan memperbaiki JSS sejak beberapa tahun lalu," kata Dr Faishal.



Beliau memberi contoh HDB membina flat sewa baru dengan pengadang tinggi bagi menawarkan lebih privasi, dan ini diterima dengan baik.



Dr Faishal juga berkata HDB juga sedang membuat percubaan model Skim Berkongsi Flat bagi Orang Bujang Kendalian Pengendali (JSS-OR), bagi membenarkan golongan bujang memohon flat sewa awam secara individu, tanpa mendapatkan rakan seflat dahulu.



Buat masa ini ada tiga tapak yang menyediakan 400 katil di bawah model sedemikian. Tapak-tapak tersebut diurus oleh agensi perkhidmatan sosial yang memantau susunan perkongsian flat, menawarkan sokongan sosial dan menjadi pihak tengah antara penghuni, apabila perlu.



Sementara itu, Dr Faishal turut memberi respons berasingan terhadap soalan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) berkaitan langkah menjalankan pemeriksaan secara berulang setiap tahun bagi mengesan flat sewa memerlukan pembaikan dan penyenggaraan.



Menurut Dr Faishal, HDB mengunjungi flat sewa setiap tahun bagi mengesan, secara proaktif, unit memerlukan pembaikan atau penyenggaraan.



Namun, apabila langkah pengurusan selamat (SMM) akibat Covid-19 dilaksana, HDB terpaksa menggantung amalan itu, dan pemeriksaan fizikal dijalankan sebagai respons kepada maklum balas penghuni.



"Apabila SMM ditarik balik secara berperingkat, HDB telah bekerja untuk melanjutkan pemeriksaan ini secara berkala, dan sedang menyemak pendekatan bagi mengutamakan pemeriksaan berdasarkan usia flat serta profil penghuni," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >