Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB perkenal sistem letak kereta bijak

Parking@HDB tawarkan pengalaman meletak kenderaan lebih mudah dan lancar
Dec 31, 2020 | 05:30 AM



PENDUDUK di projek perumahan Northshore Residences I dan II di Punggol serta pengunjung ke sana akan menjadi yang pertama mencuba satu sistem letak kereta generasi baru mulai 4 Januari.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata sistem letak kereta bijak itu, yang dikenali sebagai Parking@HDB, akan menawarkan pengalaman meletak kenderaan lebih mudah dan lancar.



Projek perumahan Northshore Residences I dan II merupakan dua kawasan perumahan di Punggol Northshore yang menggunakan teknologi bijak dari tahap reka bentuk untuk mewujudkan sekitaran hidup lebih sesuai didiami, berkesan, berdaya tahan dan selamat.



Sebagai permulaan, sistem letak kereta baru itu akan dicuba di satu tempat letak kereta, PL80, yang mempunyai 1,000 lot.



Empat ciri pertama yang akan dicuba termasuk meniadakan palang gantri di pintu keluar masuk tempat letak kereta, notifikasi bermula dan berakhirnya sesi letak kereta menerusi aplikasi, bayaran letak kereta menerusi kad kredit atau debit yang didaftar dalam aplikasi Parking@HDB serta lampu petunjuk untuk menandakan ada lot kosong atau tidak.



Ciri lain akan diperkenal secara bertahap.



"Sistem letak kereta bijak ini dapat mengesan kenderaan apabila ia memasuki tempat letak kereta dan mengaktifkan sesi letak kenderaan itu secara automatik menerusi aplikasi (Parking@HDB).



"Bayaran bagi meletak kenderaan akan dipotong secara automatik apabila (pemandu) meninggalkan tempat letak kereta itu," kata HDB dalam kenyataan semalam.



Mereka tidak perlu mengaktifkan aplikasi itu secara manual, masukkan Kad Tunai ke dalam unit dalam kenderaan (IU) atau bimbang jika wang dalam kad tidak mencukupi.



Namun mereka yang tidak mempunyai aplikasi Parking@HDB perlu terus membayar untuk meletak kenderaan mereka menerusi Kad Tunai dalam IU.



Lampu petunjuk LED yang dipasang di atas setiap lot di tempat letak kereta itu juga akan membolehkan HDB memenuhi keperluan penduduk dan pengunjung dengan lebih fleksibel dan berkesan.



Sebagai contoh, apabila permintaan untuk meletak kenderaan buat jangka pendek adalah tinggi pada siang hari sementara lot tempat letak kenderaan musiman tidak digunakan sepenuhnya, sistem itu akan menambah lot letak kenderaan jangka pendek.



Sistem itu akan mengubah lampu petunjuk berwarna kuning jingga (menunjukkan lot tempat letak kenderaan musiman) kepada hijau (menandakan lot letak kenderaan jangka pendek).



Lampu petunjuk akan dimatikan bagi lot yang sedang digunakan.



Kamera bijak juga dipasang untuk mengesan kenderaan yang diletak secara terlarang.



Pemandu yang memuat turun dan menggunakan aplikasi Parking@HDB akan menikmati tiga sesi letak kenderaan pertama percuma di PL80.



Menurut HDB, percubaan itu akan turut ditawarkan di tempat letak kereta lain di kawasan Northshore, sejajar dengan penyiapan projek perumahan Bina Ikut Tempahan (BTO).



Berdasarkan maklum balas dan hasil percubaan itu, HDB juga akan meneroka bagaimana sistem tersebut boleh dilaksana di luar Punggol Northshore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >