Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB: Perlu dua hingga tiga tahun semua projek BTO terjejas pandemik siap

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



MASA menunggu bagi enam projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang siap pada separuh pertama tahun ini adalah antara 3.9 tahun dengan 5.3 tahun setelah mengambil kira penangguhan yang disebabkan pandemik Covid-19, dengan masa menunggu median mencecah 4.1 tahun.



Ia akan mengambil masa lagi dua hingga tiga tahun untuk menyiapkan semua projek BTO yang telah terjejas akibat pandemik, dedah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam.



Kini, terdapat hampir 100 projek HDB yang sedang dibina, tidak termasuk yang dijual pada Februari dan Mei tahun ini kerana projek tersebut belum memulakan pembinaan, kata HDB.



Projek yang sedang dibina itu mempunyai masa menunggu yang dianggarkan dari dua hingga 5.4 tahun, dengan masa menunggu median 4.3 tahun.



Walaupun penangguhan yang disebabkan Covid-19 tidak boleh dipulih sepenuhnya, HDB memberi jaminan bahawa ia dan rakan agensi dan kontraktor akan terus berusaha mengurangkan beberapa penangguhan, dan di mana boleh, menyiapkan flat lebih awal daripada tarikh yang disemak (probable completion date).



"Untuk membolehkan pembeli flat pindah masuk rumah baru mereka secepat mungkin, HDB telah bekerjasama rapat dengan rakan agensi dan kontraktor kami untuk menetapkan langkah-langkah untuk mengurangkan penangguhan pembinaan," kata lembaga itu.



Antara usahanya termasuk membantu kontraktor mengutamakan bidang kerja mereka, mendapatkan bekalan bahan dan tenaga kerja yang diperlukan untuk menyiapkan projek mereka, dan mendapatkan pengecualian khas bagi kegiatan pembinaan yang kurang bising untuk dijalankan pada hujung minggu jika boleh.



Selain itu, HDB turut melaksanakan pelbagai langkah bantuan kepada kontraktor agar dapat meringankan tekanan kewangan yang dialami menerusi kos pembinaan yang melonjak akibat pandemik.



HDB menambah ia juga telah melanjutkan tempoh perlindungan (protection period) daripada turun naik (fluctuations) harga keluli dan telah membekalkan kontraktor dengan lebih banyak bahan konkrit (concreting), pada harga yang dilindungi (protected price).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >