Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB rancang tawar 17,000 flat BTO tahun depan

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) merancang menawarkan sekitar 17,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) tahun depan, serupa jumlah yang dilancarkan tahun ini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Dengan ekonomi tidak menentu akibat pandemik Covid-19, HDB akan memantau pasaran perumahan dengan teliti dan menyesuaikan bilangan rumah jika diperlukan, tambah beliau.



Menurut Encik Lee, akan terdapat campuran baik pelbagai jenis flat di estet perumahan tidak matang, seperti Bukit Batok, Tengah, Woodlands, dan juga di estet perumahan matang seperti Geylang, Kallang Whampoa, estet Bidadari di Toa Payoh dan estet Ulu Pandan di Queenstown.



Pembeli akan mempunyai pelbagai pilihan.



"Pembangunan estet perumahan awam akan datang akan juga merangkumi beberapa ciri di bawah strategi 'Merancang untuk Kehidupan' yang dilancarkan oleh HDB tahun ini.



"Pemilik rumah boleh melihat ciri-ciri yang akan menjadikan estet perumahan kita lebih senang didiami, cekap, mapan dan selamat.



"Sebagai contoh, antara ciri-cirinya ialah cahaya lampu bijak, sistem pembuangan sampah bijak dan tempat letak kenderaan bagi kenderaan elektrik akan disediakan di kebanyakan estet perumahan ini," ujar Encik Lee dalam satu catatan di Facebook semalam.



"Selain menyediakan penduduk akses kepada kemudahan, kami akan juga menerapkan kehijauan ke dalam pembangunan projek HDB yang akan datang ini," tambahnya.



Dalam melakar rancangan bagi perumahan pula, HDB telah menerima maklum balas daripada pelbagai rakan kongsi, termasuk kumpulan penggemar alam, untuk mencuba dan mencapai keseimbangan antara keperluan pemuliharaan dan pembangunan.



Disebabkan pandemik Covid-19, tarikh siap beberapa projek BTO juga ditangguhkan antara enam hingga sembilan bulan.



"Pemilik rumah boleh melihat ciri-ciri yang akan menjadikan estet perumahan kita lebih senang didiami, cekap, mapan dan selamat.




Sebagai contoh, antara ciri-cirinya ialah cahaya lampu bijak, sistem pembuangan sampah bijak dan tempat letak kenderaan bagi kenderaan elektrik akan disediakan di kebanyakan estet perumahan ini. Selain menyediakan penduduk akses kepada kemudahan, kami akan juga menerapkan kehijauan ke dalam pembangunan projek HDB yang akan datang ini."
- Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >