Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB rancang tawar 4,400 flat BTO bulan depan

Lagi 3,800 hingga 4,800 flat BTO juga akan ditawar Mei
Jan 28, 2023 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan sekitar 4,400 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di bandar atau estet perumahan seperti Jurong West, Kallang Whampoa, Queenstown dan Tengah bulan depan.



Sebanyak 3,800 hingga 4,800 flat di bandar atau estet perumahan seperti Bedok, Kallang Whampoa, Queenstown, Serangoon dan Tengah akan juga ditawarkan Mei ini, kata HDB dalam satu kenyataan semalam.



Menurut HDB, bilangan sebenar flat akan ditentukan apabila lebih dekat dengan tarikh pelancarannya.



Tawaran flat BTO pada Februari dan Mei adalah sebahagian daripada rancangan HDB untuk menawarkan sehingga 23,000 flat BTO tahun ini.



"HDB bersedia melancarkan sehingga 100,000 flat secara keseluruhan dari 2021 hingga 2025, jika perlu.



"HDB akan terus memantau permintaan perumahan dan membuat penyesuaian, jika perlu," kata HDB lagi.



HDB berkata Indeks Harga Jualan Semula (RPI) telah meningkat bagi suku ke-11 berturut-turut bagi suku keempat tahun lalu kepada 171.9.



Namun harga jualan semula meningkat pada kadar lebih perlahan sebanyak 2.3 peratus pada suku terakhir 2022.



Ini berbanding 2.6 peratus pada suku ketiga tahun lalu.



HDB menambah bahawa ia merupakan pertumbuhan paling perlahan.



Menurut Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, kelembapan ini mungkin disebabkan oleh gabungan faktor termasuk langkah-langkah penyejukan yang diperkenalkan pada September lalu serta aktiviti pasaran yang seringkali berkurangan pada akhir tahun.



"Kemampuan membeli flat HDB telah mendapat perhatian orang ramai sejak kebelakangan ini berikutan peningkatan harga jualan flat sejak dua tahun lalu.



"Oleh itu, pertumbuhan harga yang lebih perlahan pada suku keempat tahun lalu mungkin akan disambut baik oleh ramai isi rumah yang bimbang dengan peningkatan kos pemilikan rumah," kata beliau.



Cik Wong juga menyatakan bahawa peningkatan dalam bilangan flat jualan semula HDB yang dijual sekurang-kurangnya $1 juta tahun lalu turut memainkan peranan dalam meningkatkan kebimbangan mengenai kemampuan perumahan.



Tahun lalu, harga flat jualan semula melonjak 10.4 peratus tetapi lebih rendah berbanding kenaikan 12.7 peratus pada 2021.



Sebanyak 6,597 flat jualan semula HDB bertukar tangan pada suku terakhir 2022.



Jumlah ini susut 12.6 peratus berbanding 7,546 flat jualan semula yang bertukar tangan pada suku ketiga di mana jumlah urus niaga meningkat selepas jatuh buat tiga suku sebelumnya.



Menurut Cik Wong, beliau menjangkakan bahawa harga jualan semula HDB akan meningkat dengan lebih perlahan antara 6 hingga 8 peratus tahun ini.



"Ini mungkin berlaku memandangkan langkah-langkah penyejukan, prospek ekonomi global yang lemah, kadar faedah yang tinggi dan pembeli yang enggan membayar harga yang lebih tinggi untuk unit jualan semula," kata beliau.



Beliau menambah bahawa permintaan untuk flat jualan semula HDB dijangka kekal stabil tahun ini.



Beliau menganggarkan bahawa sekitar 27,000 hingga 28,000 flat akan dijual semula tahun ini dan jumlah itu adalah setanding dengan tahun lalu.



Dalam pasaran sewa HDB, lebih banyak flat disewakan pada suku terakhir tahun lalu.



Ia meningkat sekitar 0.5 peratus kepada 56,647 unit, berbanding 56,372 pada suku sebelumnya.



Bilangan permohonan yang diluluskan untuk menyewa flat HDB turut meningkat sebanyak 3.5 peratus kepada 8,476 kes pada suku terakhir.



Bagi sepanjang tahun lalu, permohonan yang diluluskan untuk menyewa flat HDB turun sebanyak 15.1 peratus, daripada 42,623 permohonan kepada 36,166 permohonan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >