Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB rancang tawar flat HDB dengan pelan lantai terbuka

May 31, 2022 | 05:30 AM



PEMILIK rumah pada masa akan datang boleh memilih sama ada mereka mahu flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baru yang mempunyai pejabat rumah, atau bilik tidur yang lebih besar tetapi bilangannya kurang.



Demikian antara pertimbangan pemerintah untuk membenarkan orang ramai mempunyai fleksibiliti memilih susun atur rumah mereka di masa hadapan.



"Kami sedang memikirkan untuk mereka bentuk flat HDB dengan pelan lantai yang lebih terbuka supaya pemilik rumah mempunyai fleksibiliti untuk mengaturkan pelbagai ruang mengikut keperluan mereka," kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, kepada akhbar The Straits Times (ST).



"Dalam kalangan pembeli rumah, satu isi rumah mungkin mahu bilik yang sesuai untuk telepersidangan dan bekerja dari rumah, sementara yang lain mungkin memilih bilik yang lebih besar," ujarnya.



Pemerhati berkata langkah itu kemungkinan boleh membantu pembeli rumah melakukan kerja ubah suai yang besar setelah mereka menerima flat mereka.



Encik Nicholas Mak, ketua penyelidikan dan perundingan ERA Real Estate, berkata sekiranya pemilik boleh memutuskan pada tahap lebih awal sama ada ingin menghapuskan dinding tertentu untuk membuatkan ruang lebih besar, ia akan menjimatkan masa, tenaga dan sumber. Tetapi beliau menyatakan fleksibiliti sebegitu kemungkinan hanya boleh diberikan untuk flat lebih besar memandangkan terdapat ruang lebih besar untuk diatur.



Butirannya masih diusahakan, kata Encik Lee, tetapi ideanya adalah untuk membawa fleksibiliti ke dalam rumah, sama dengan cara ruang awam direka supaya ia boleh digunakan untuk tujuan berbeza dan mudah diatur semula.



Contohnya, sewaktu pandemik Covid-19, sekolah dan pusat masyarakat diubah menjadi pusat vaksinasi, sementara pusat konvensyen seperti Singapore Expo dijadikan kemudahan penjagaan masyarakat untuk merawat jangkitan Covid-19 ringan.



Encik Lee berkongsi demikian dengan ST di Jurong Town Hall awal bulan ini, sebelum pembukaan satu pameran bulan depan yang akan memperincikan bagaimana Singapura merancang menggunakan tanahnya dalam masa 50 tahun akan datang.



Pameran itu menyusuli latihan perundingan awam selama setahun bagi mendapatkan pandangan lebih 15,000 orang dan dijalankan sebagai sebahagian semakan pelan jangka panjang Singapura yang dijalankan sekali setiap dekad.



Singapura, dengan ruang tanahnya yang kecil, menghadapi cabaran sepanjang zaman, seperti mengimbangi pembangunan dengan pemuliharaan warisan binaan dan semula jadi, ujar Encik Lee.



Sebagai sebahagian semakan, contohnya, Lembaga Taman Negara (NParks) telah menyediakan peta yang memperincikan bagaimana ruang hijau Singapura boleh disambungkan dengan satu sama lain, menyediakan haiwan liar dengan laluan merentasi landskap hutan negara ini yang berpecah-belah. Peta ketersembungan seluruh pulau ini, yang boleh membimbing pembangunan masa depan, akan didedahkan sewaktu pameran tersebut bulan depan.



Sementara itu, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sedang memetakan aset warisan Singapura seperti tapak sejarah, warisan kawasan kejiranan dan bangunan yang dipulihara supaya ini boleh dihubungkan dalam landskap tersebut.



Semakan itu juga perlu menangani cabaran tertentu yang sudah menjadi lebih runcing, seperti perubahan iklim dan peningkatan paras laut, yang mengancam pinggir pantai negara ini.



Keadaan geopolitik serata dunia semakin tegang, dan sedang ancaman kesihatan awam disebabkan Covid-19 berkurangan, Singapura juga patut bersedia untuk letusan akan datang, kata Encik Lee.



"Dan justeru anda boleh faham mengapa dalam semakan pelan jangka panjang ini, kita memberi tumpuan banyak terhadap bagaimana untuk mengukuhkan daya tahan, bagaimana untuk membina fleksibiliti dan kebolehsesuaian, dan mengekalkan keupayaan untuk memilih bagi generasi akan datang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >