Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB sedia lancar 100,000 flat hingga 2025 jika ada permintaan

HDB
Jan 11, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) bersedia melancarkan sehingga 100,000 flat secara keseluruhan bermula tahun lalu hingga 2025, jika perlu, bergantung pada permintaan sedia ada, kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan semalam.



Ia berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) yang ingin mengetahui sama ada permintaan dan harga tinggi bagi flat HDB jualan semula sekarang akan mempunyai kesan kepada nilai pasaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) HDB pada masa hadapan dan bagaimana ia akan memastikan flat akan terus dimampui warga Singapura.



Untuk memenuhi permintaan bagi flat HDB, HDB telah menawarkan sekitar 17,100 flat BTO pada tahun lalu.



HDB juga akan menambah bekalan flat sebanyak 35 peratus sepanjang dua tahun akan datang selain melancarkan sehingga 23,000 flat BTO setiap tahun bagi tahun ini dan tahun hadapan.



Berhubung harga pasaran jualan semula yang melambung sekarang, MND berkata dalam jawapan bertulis itu, usaha sedang dilaksanakan untuk meredakan harga pasaran.



"Pemerintah juga telah melaksanakan beberapa langkah untuk meredakan pasaran hartanah bagi perumahan awam dan privet," kata MND.



Menyentuh tentang harga flat HDB, MND berkata, flat HDB baru semuanya berharga di bawah pasaran.



Apabila menetapkan harga flat baru, HDB pertama sekali menetapkan nilai pasaran dengan menimbangkan harga flat jualan semula setanding berdekatan serta ciri-ciri individu flat tersebut serta keadaan pasaran sedia ada.



Bagi mendapatkan harga jualan, HDB mengenakan subsidi yang ketara kepada nilai pasaran yang dinilaikan untuk memastikan flat baru dimampui kepada mereka yang membeli rumah buat kali pertama.



Tambahan itu, pembeli flat kali pertama yang layak juga boleh menikmati Geran Perumahan CPF (EHG) sehingga $80,000 yang menawarkan tambahan sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan membeli flat pertama mereka.



Bagi flat jualan semula, pemerintah menawarkan geran perumahan sehingga $160,000 untuk memastikan flat jualan semula kekal dimampui bagi keluarga layak kali pertama.



"MND/HDB kekal komited untuk memastikan perumahan awam dimampui dan mudah diakses bagi menyokong aspirasi warga Singapura membeli rumah dan akan terus memantau keadaan pasaran perumahan dengan lebih teliti," kata MND lagi.




"Pemerintah juga telah melaksanakan beberapa langkah untuk meredakan pasaran hartanah bagi perumahan awam dan privet... MND/HDB kekal komited untuk memastikan perumahan awam dimampui dan mudah diakses bagi menyokong aspirasi warga Singapura membeli rumah dan akan terus memantau keadaan pasaran perumahan dengan lebih teliti."
- Kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >