Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB: Separuh pembeli flat fleksi dua bilik usia 55 tahun dan ke atas

Flat sebegini juga popular di kalangan bujang sejak skim ini diperkenalkan pada 2015
Feb 28, 2021 | 05:30 AM



FLAT fleksi dua bilik amat popular dengan warga emas, dengan lebih separuh daripada mereka yang membeli flat itu merupakan golongan warga emas berusia 55 tahun dan ke atas.



Golongan bujang juga merupakan kumpulan kedua terbesar yang membeli unit itu sejak diperkenalkan enam tahun lalu, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Sehingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 34,700 flat fleksi dilancarkan untuk dijual sejak skim itu diperkenalkan pada 2015.



Sekitar 85 peratus atau 25,189 flat telah ditempah oleh pemilik flat.



Dari jumlah itu, sekitar 56 peratus unit itu telah ditempah oleh pembeli golongan warga emas manakala 38 peratus dibeli golongan bujang dan 6 peratus pula ditempah masing-masing oleh pembeli yang berkeluarga.



Kebanyakan pembeli warga emas atau 92 peratus mengambil tempoh pajakan pendek, manakala baki mengambil tempoh pajakan 99 tahun.



Paling popular ialah tempoh pajakan 40 tahun sebanyak 4,046 unit, disusuli tempoh pajakan 35 tahun dan 30 tahun.



Hanya 215 pembeli warga emas memilih tempoh pajakan terpendek iaitu 15 tahun.



Semakan pendek tempoh pajakan itu bermakna semakin rendah harga yang dibayar pembeli.



Dalam penjualan flat tersebut bulan ini, harga flat fleksi yang mempunyai tempoh pajakan 15 tahun dijual bermula harga $34,000 di West Hill@ Bukit Batok, disusuli dengan $39,000 di Parc Woods@Tengah.



Bagi flat dengan tempoh pajakan 99 tahun di Bukit Batok, ia dijual dari harga $101,000.



Harga juga bergantung kepada lokasi.



Harga bagi flat fleksi di McNair Height - terletak di estet perumahan matang di Kallang/Whampoa yang mempunyai tempoh pajakan 15 tahun - ia dijual bermula harga $69,000.



Namun, flat itu tidak boleh dijual semula atau disewakan.



Pemilik flat yang tidak memerlukan flat itu boleh memulangkannya semula kepada HDB. HDB pula akan memulangkan semula wang bagi baki tempoh pajakan yang tidak digunakan.



Warga emas yang membuat pilihan membeli flat fleksi dua bilik boleh memohon mendapatkan Bonus Perumahan Warga Emas (SHB).



Mereka layak menerima SHB jika mereka menokok Akaun Persaraan (RA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dengan sebahagian daripada hasil penjualan flat mereka untuk berpindah ke flat lebih kecil.



Mulai Mac tahun ini, HDB akan mempertingkat SHB, dengan perubahan utamanya menaikkan maksimum SHB daripada $20,000 kepada $30,000 untuk warga emas yang berpindah ke flat tiga bilik atau lebih kecil.



Untuk penjualan yang akan diadakan Mei dan Ogos tahun ini, pembeli rumah boleh menantikan flat fleksi dua bilik yang ditawarkan di Geylang, Hougang, Jurong East, Tampines, Tengah dan Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >