LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan terus melaksanakan fleksibiliti di bawah Dasar Integrasi Kaum (EIP), kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.
Semasa berucap di Parlimen semalam, beliau berkata ramai penjual flat masih boleh mendapatkan pembeli daripada kumpulan etnik yang layak, memandangkan terdapat jumlah urus niaga flat jualan semula yang besar setiap tahun, kata beliau.