Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB tinjau teknologi baru baiki siling bocor, wajibkan pemeriksaan muka bangunan

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang meninjau penggunaan teknologi baru bagi meningkatkan kaedah membaiki siling bocor dalam flat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Mulai pertengahan kedua tahun ini pula, pemeriksaan perlu dijalankan ke atas muka bangunan berusia lebih 20 tahun dan setinggi lebih 13 meter.



Dr Faishal berkata demikian di Parlimen semalam semasa menjawab pertanyaan Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang) dan Encik Muhamad Faisal Manap (Aljunied) mengenai isu pembocoran siling dalam flat dan di dinding luar flat HDB.



Bagi pembocoran dalam flat, Dr Faishal berkata HDB telah mengenal pasti dua kaedah pembaikan baru - sistem pengalisan air nanoteknologi dan sistem membran pengalisan air lapisan.



"Teknologi ini menyediakan pilihan pembaikan alternatif bagi penduduk yang tidak mahu memecahkan jubin tandas mereka atau memilih mengekalkan kelengkapan sedia ada dalam tandas mereka.



"Bagi isu rumit dan berulang yang tidak boleh dihuraikan kontraktor, HDB juga akan membantu dalam siasatan dan menyediakan nasihat seberapa boleh," ujar Dr Faishal.



Bagi mengatasi isu pembocoran di dinding luar flat HDB, Dr Faishal berkata BCA akan mewajibkan pemeriksaan muka bangunan berkala (PFI) dijalankan bagi semua bangunan berusia lebih 20 tahun dan setinggi lebih 13 meter.



"Matlamatnya ialah meningkatkan keselamatan awam, dengan membolehkan pengesanan awal isu potensi serta pembaikan muka bangunan tepat pada masanya," ujar Dr Faishal.



Menurut beliau, penduduk mengalami resapan air di dinding luar biasanya melaporkan kes itu ke majlis bandaran. Oleh itu, HDB tidak mempunyai maklumat mengenai kes resapan air di dinding luar.



Dalam soalan susulannya, Encik Liang berkata pihaknya menerima lebih 100 maklum balas sepanjang dua hingga tiga bulan lalu mengenai isu pembocoran atau resapan air.



Dalam kes serius, "air keluar seperti paip dari dinding", katanya.



"Bolehkah saya minta HDB masuk campur dalam situasi ini kerana ia sebenarnya isu asas penduduk, khususnya bagi kes yang berlarutan... kerana ada daripada kes itu disebabkan flat HDB menggunakan teknik tertentu. seperti pasang siap, dan masalah resapan itu berlarutan selama bertahun.



"Saya berharap HDB boleh mengambil tanggungjawab dalam masalah seperti ini," ujar Encik Liang.



Memberi respons, Dr Faishal berkata pihaknya sedang meninjau penggunaaan penyelidikan dan teknologi untuk menghasilkan bahan dan produk tahan lama dan yang boleh mengatasi masalah seperti resapan air dan kerosakan lain.



Encik Faisal Manap (GRC Aljunied) pula menyarankan agar program nasional diadakan bagi pembaikan muka bangunan, antaranya untuk menjimat kos.



"Dengan adanya program nasional, anda akan memberikan kerja pembaikan lebih menyeluruh, yang akan memberi hasil lebih baik, berbanding kerja pembaikan secara berpetak-petak, seperti yang dilakukan sekarang," kata Encik Faisal.



Mengulas saranan itu, Dr Faishal berkata PFI yang akan diperkenal itu akan memastikan terdapat pemeriksaan kerap untuk membaiki kerosakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >