Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

HDT henti khidmat teksi

HDT akan bekerjasama dengan Persatuan Teksi Nasional bantu pekerja yang terjejas termasuk pemadanan kerja
Nov 28, 2020 | 05:30 AM



PENGENDALI teksi HDT Singapore Holdings (HDT) tidak lagi akan menyediakan khidmat teksi dan kakitangannya bagi khidmat tersebut, termasuk pemandu teksi dan pekerja di pejabat akan diberhentikan.



Dalam kenyataan bersama Persatuan Teksi Nasional (NTA) semalam, HDT berkata ia telah bergelut untuk menangani kesan pandemik Covid-19 sejak Januari tahun ini, dengan pertumbuhan perniagaan terjejas akibat langkah keselamatan yang dilaksanakan seperti bekerja dari rumah.



Kenyataan itu tidak menyatakan bilangan kakitangan yang terjejas.



Namun, satu laporan The Straits Times pada November tahun lalu menyatakan ia mempunyai sekitar 120 pemandu teksi.



Menurut HDT, ia telah bekerjasama rapat dengan NTA untuk memberikan pampasan yang adil kepada kakitangannya yang terjejas dan juga memberikan pertolongan yang sewajarnya kepada mereka.



Ini termasuk memadankan mereka dengan sokongan pekerjaan dan peluang pekerjaan baru menerusi Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) yang dikendalikan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Dalam kenyataannya, HDT berkata syarikat itu akan memberikan pampasan pemberhentian kerja kepada semua kakitangan yang terjejas, termasuk sebulan gaji bagi setiap tahun mereka berkhidmat dengan syarikat itu, berdasarkan cara pro rata.



Selain bayaran pemberhentian kerja sekali, kesemua pemandu teksi tetap akan dibayar gaji tambahan tahunan (AWS) dan akaun Medisave mereka juga akan ditokok sehingga akhir tahun ini, kata HDT.



Pemandu yang masih dalam tempoh ujian hanya akan diberikan bayaran pemberhentian kerja sekali.



Menurut HDT, keanggotaan NTA bagi kededua kategori pemandu teksi juga akan diperbarui bagi 2021.



Pengarah urusan HDT Encik James Ng berkata:



"Pakej pemberhentian kerja adalah adil, saksama dan sokongan akan diberikan kepada mereka untuk beralih ke pekerjaan baru di tempat lain."



Menambah, beliau berkata pemandu teksi atau kakitangan lain yang terjejas akan dibantu mendapatkan pekerjaan baru dengan pengendali atau syarikat teksi yang lain. Mereka juga boleh memohon untuk menjadi pemandu khidmat kereta sewa-privet atau bas privet yang disediakan HDT, kata Encik Ng.



Menurut kenyataan itu, semua kakitangan yang terjejas telah diberitahu dan kesejahteraan mereka diutamakan dalam proses ini.



Seorang pengarah di NTUC Cik Yeo Wan Ling, berkata:



"Bagi pemandu teksi terjejas yang ingin terus memandu, NTA akan menghubungkan mereka dengan pengendali teksi lain supaya mereka dapat meneruskan kerja sebagai pemandu."



HDT ditubuhkan pada 2016 dan adalah pengendali teksi ketujuh di Singapura.



Bilangan teksi di Singapura telah berkurangan daripada bilangan tertinggi 28,000 kepada kurang 20,000 sejak khidmat kereta sewa-privet dilancar sekitar enam tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >