Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2022

Heli Chinook baru muncul tayang keupayaan

Jul 08, 2022 | 05:30 AM



HELIKOPTER Chinook (CH-47F) baru dari Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan ditampilkan dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) buat pertama kali dalam salah satu segmen pertunjukan udara tahun ini.



Dalam segmen 'helocast', penyelam tentera laut akan melompat keluar daripada helikopter itu ke perairan Marina Bay.



Helikopter itu akan menjadi salah satu daripada 16 pesawat RSAF yang akan membelah ruang udara di sekitar Platform Terapung Marina Bay.



Pesawat CH-47F yang akan ditampilkan itu merupakan model helikopter baru berbanding CH-47SD.



Mengulas tentang pesawat CH- 47F, Timbalan Pengerusi jawatankuasa pertunjukan udara, Leftenan Kolonel Stanley Selva, berkata mereka sudah lama ingin menampilkan kepada orang ramai pesawat tersebut.



"RSAF sudah lama mencari peluang yang baik untuk mempamerkan kebolehan pesawat ini.



"Memandangkan skala NDP lebih baik tahun ini, kami fikirkan bahawa ini merupakan platform terbaik untuk menunjukkan kebolehan pesawat itu," katanya semasa satu sidang media baru-baru ini.



Selain daripada pesawat baru, orang ramai turut dapat menantikan aksi penerbangan mendebarkan yang akan dilakukan.



Tahun ini, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-55 NS (NS55), pasukan RSAF telah menyediakan beberapa persembahan yang istimewa lagi memukau sempena sambutan ulang tahun Singapura yang ke-57.



Antara lain, dua jet pejuang F-16 akan melakukan aksi mencabar iaitu pusingan High-G atau High Gravity bersebelahan dan terbang melintas.



SLTC Lee Mei Yi, yang merupakan wanita pertama untuk memimpin jet pejuang F-16, akan mengambil bahagian dalam Pertunjukan Pertahanan Awam (TDD) dan Pejuang Terbang Melintas Pulau (FIF).



Walaupun ini kali kedua SLTC Lee Mei Yi menyertai sambutan NDP, beliau masih berbesar hati dengan peluang ini.



"Ini satu penghormatan dan keistimewaan untuk saya kerana mendapat peluang untuk menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan," katanya.



Beliau juga berkata ada pelbagai cabaran yang perlu beliau hadapi sewaktu memimpin pesawat F-16.



"Banyak masa yang diperlukan untuk berlatih dan untuk memastikan kesemua profil persembahan selamat untuk dilaksanakan.



"Jadi, saya berharap orang ramai akan menghargai persembahan kami," tambah Cik Lee.



Persembahan udara itu akan menampilkan enam F-16C/D, pesawat RSAF C-130B/H, Chinook CH- 47SD serta helikopter RSAF lain seperti Apache AH-64D.



LTC(NS) Ong Swee Chuan, yang bertugas sebagai juruterbang komersial pula kagum dengan peluang ini, walaupun menghadapi cabaran untuk mengimbangkan masa.



"Kadangkala pada Sabtu juga, saya harus berlatih dan jika saya harus bekerja, saya akan bertukar syif bersama kawan kerja saya.



"Saya kagum kerana mereka memahami komitmen saya," kata Encik Ong.



LTC (NS) Ong Swee Chuan akanmelakukan pusingan High-G di atas Marina Bay pada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) nanti.



Selain daripada itu, acara yang dinanti-nantikan orang ramai, 'The Red Lions', akan diadakan pada 7 Ogos di kawasan kejiranan dan NDP pada 9 Ogos.




PESAWAT YANG AKAN TAMPIL SEMPENA NDP 2022



AH-64D APACHE: Helikopter serangan Apache AH-64D akan beraksi semasa persembahan udara untuk pamer kebolehan bergerak dengan tepat.



JET PEJUANG F-16C/D: RSAF akan pamer aerobatik jet pejuang F-16C/D.



PESAWAT C-130B/H: Pesawat ini akan angkut Pasukan "The Red Lions" untuk mendarat di kawasan kejiranan pada 7 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >