Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Heng: Pemerintah akan bekerjasama dengan warga Singapura untuk membentuk dasar bersama

Jun 15, 2019 | 03:47 PM



TIMBALAN Perdana Menteri Heng Swee Keat telah membentangkan bagaimana pemimpin generasinya merancang untuk memajukan Singapura, dan menekankan bahawa pemerintah akan bekerjasama dengan warga Singapura dalam  membentuk dan menguatkuasakan dasar bersama. 


Selain itu, pemerintah juga akan bekerjasama dengan warga Singapura untuk membentuk masa hadapan bersama di mana semua orang harus memainkan peranan, katanya semasa dialog yang membincangkan cara membina masa hadapan negara bersama hari ini.


Dengan Singapura yang sedang melalui perubahan kepimpinan, Encik Heng- pemimpin pasukan kepimpinan Parti Tindakan Rakyat generasi keempat- membentangkan secara terperinci pendekatan yang akan diambil pasukan 4G untuk mentadbir negara dalam persekitaran yang semakin mencabar.


Politik konstruktif dan perpaduan kekal kritikal kerana Singapura semakin pelbagai dari segi keperluan dan padangannya, terutama sekali sementara negara ini melayari cabaran-cabaran serius seperti perubahan global dan perubahan yang dibawa kemajuan teknologi, katanya. 


Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, berkata setiap generasi pemimpin perlu mendapat hak untuk memimpin dengan sendirinya. 


“Saya dan rakan-rakan saya tahu, bahawa kita harus memperolehi kepercayaan anda,” katanya kepada sekitar 400 orang yang menghadiri dialog yang dianjurkan unit maklum balas pemerintah Reach dan CNA. 


“Saya akan melakukan demikian dengan bekerja dengan anda, untuk anda, untuk Singapura,” katanya. 


“Kata-kata ini menunjukkan pegangan kita yang mendalam, yang membuatkan kita mengambil keputusan untuk memasuki politik.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >