Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2018

Heng Swee Keat bertanya sama ada pengerusi WP Sylvia Lim akan mohon maaf, undur dakwaan berkenaan jadual kenaikan GST

Mar 02, 2018 | 11:32 PM



MENTERI Kewangan Encik Heng Swee Keat, dalam kenyataannya pada Jumaat (2 Mac), telah bertanya sama ada pengerusi Parti Pekerja Cik Sylvia Lim bersedia memohon maaf dan menarik balik dakwaannya bahawa pemerintah telah melepaskan 'belon ujian' untuk mencongak reaksi pihak awam tentang cukai barangan dan pendapatan (GST).



Bercakap di Parlimen pada Khamis  (1 Mac), Cik Lim berkata pemerintah telah melepaskan 'belon ujian' tentang keperluan menambah pendapatan, menjelang Belanjawan 2018, dan kemungkinan 'menarik balik' hasrat itu selepas menerima respons negatif daripada pihak awam.



Dalam kenyataannya, Encik Heng berkata Cik Lim mencadangkan bahawa pemerintah berhasrat menaikkan GST serta-merta, tetapi tidak berbuat demikian selepas mendapat maklum balas negatif daripada pihak awam apabila ia cuba mencongak reaksi awam lewat tahun lalu.  Encik Heng juga berkata Cik Lim mencadangkan bahawa pemerintah 'terjerat' dengan kenyataan sebelum ini bahawa ia 'memiliki wang yang mencukupi bagi dekad ini'.



"Pada dasarnya, Cik Lim sedang menuduh pemerintah bersikap tidak jujur apabila pemerintah berkata ia telah membuat perancangan awal dan usulan untuk menaikkan GST antara 2021 dengan 2025 adalah hasil perancangan ini," kata Encik Heng. 



"Di Parlimen pada 1 Mac 2018, apabila Menteri Undang-Undang Encik K Shanmugam dan Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat membentangkan fakta kepadanya, Cik Lim mengakau beliau kurang pasti tentang fakta itu tetapi akan membuat pemeriksaan di lain waktu. Beliau menambah bahawa dakwaannya adalah berdasarkan 'syak' dan bukan fakta," tambah Encik Heng.



Dalam kenyataan itu, Encik Heng berkata fakta ini diketahui awam dan diutarakan oleh Kementerian Kewangan dalam surat yang diterbitkan di Forum akhbar The Straits Times pada 28 Februari.



"Pemerintah, secara konsisten, telah berkata ia mempunyai wang yang mencukupi bagi penggal pemerintahannya ini, tetapi melebihi tempoh itum ia perlu memperuntuk bagi perbelanjaan yang bertambah, terutama bagi jagaan kesihatan, dengan menaikkan cukai," kata Encik Heng.



Menurut Encik Heng, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong pertama kali bercakap tentang keperluan menaikkan cukai di Rapat Hari Kebangsaan 2013, disusuli Encik Heng sendiri dalam Kenyataan Belanjawan 2017 dan di satu majlis kemasyarakatan beberapa bulan selepas itu. Encik Lee sekali lagi bercakap tentang kemungkinan cukai dinaikkan November lalu, menurut Encik Heng.



"Melihat semua kenyataan ini bersama, dua perkara adalah jelas: Satu tiada keperluan untuk menaikkan cukai pada penggal ini. Tapi kedua, ada keperluan untuk menaikkan cukai bagi masa hadapan. Tiada belon ujian dilepaskan," kata Encik Heng.



"Anggota Parlimen (AP) berhak menimbulkan perkara syak wasangka di Parlimen, jika mereka sejujurnya mempercayai hal yang disyaki ini - tetapi kepercayaan yang jujuk ini perlu disokong fakta. Dan apabila fakta jelas diberikan, seorang AP yang berhormat perlu menolak fakta itu dengan fakta lain, atau mengiktiraf fakta yang ditunjukkan kepadanya itu dan menarik balik dakwaannya, terutama jika dakwaan itu telah mencadangkan sikap kurang jujur atau kesilapan pada pihak pemerintah.



"Kini, selepas Cik Lim berpeluang memeriksa rekod, adakah beliau akan menarik balik dakwaannya, sebagaimana yang wajar dilakukan AP yang berhormat, dan memohon maaf kepada Dewan? Atau adakah beliau masih ingin bersikap carte blanche (berbuat sesuka hati) dan menimbulkan sebarang dan setiap perkara yang disyaki, desas-desus, kepalsuan di Parlimen, dan terus berkata ia benar tanpa menghiraukan fakta?"



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >