Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Heng Swee Keat lawat Brunei Darussalam bagi sambutan ulang tahun Sultan Hassanal Bolkiah

Jul 13, 2019 | 06:51 PM



TIMBALAN Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan melawat Brunei Darussalam mulai esok hingga Selasa ini (14 hingga 16 Julai) sebagai wakil pemerintah Singapura ke majlis sambutan ulang tahun ke-73 Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.



Ulang tahun Sultan Hassanal Bolkiah jatuh lusa (15 Julai).



Encik Heng akan ditemani isterinya, Cik Heng.



Lawatan tahunan ini yang dilakukan pemimpin Singapura adalah untuk menyampaikan ucapan secara peribadi kepada Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam itu dan mencerminkan hubungan rapat dan istimewa yang dikongsi kedua-dua negara.



Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar, Encik Heng akan bertemu Sultan Hassanal Bolkiah pada 15 Julai dan menghadiri Upacara Kawalan Kehormatan Diraja, Majlis Perasmian dan Majlis Jamuan Diraja.



Beliau juga akan bertemu anggota keluarga diraja termasuk Yang Mulia Putera Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam.



Semasa lawatannya, Encik Heng juga akan bertemu dengan beberapa Menteri Brunei, termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >