Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Heng Swee Keat: Penggunaan teknologi harus seiring dengan usaha latih pekerja

Feb 14, 2019 | 03:27 PM



SYARIKAT perlu memastikan usaha meningkatkan proses menggunakan teknologi baru berjalan seiring dengan usaha melatih pekerja, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.



“Semua syarikat harus melakukannya dan menjadikannya satu keutamaan agar pekerja kami boleh memanfaatkan teknologi baru dengan baik, dan syarikat boleh memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan terus mewujudkan kehidupan lebih baik bagi pekerja,” ujar Encik Heng.



Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pengagihan Benoi FairPrice di Joo Koon pada hari Khamis (14 Februari), menjelang kenyataan Belanjawan yang akan disampaikannya pada Isnin depan (18 Februari).



Pusat itu memaparkan teknologi canggih seperti robotik dan kenderaan tanpa pemandu untuk mengendali barangan dalam gedung.



Encik Heng berkata usaha untuk mengubah industri turut melibatkan perniagaan runcit yang tradisional, dan perlu membawa pekerja dalam proses perubahan tersebut.



Beliau memuji langkah FairPrice menyepadukan usaha memperkenalkan proses baru dengan latihan serta peningkatan kemahiran pekerja.



Tambahnya, usaha menyokong syarikat meningkatkan keupayaan serta meningkatkan kemahiran pekerja mereka akan menjadi antara tumpuan dalam Belanjawan tahun ini.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >