Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Heng Swee Keat rebah semasa mesyuarat Kabinet akibat serangan angin ahmar

May 12, 2016 | 07:26 PM

MENTERI Kewangan Heng Swee Keat rebah semasa mesyuarat Kabinet petang tadi sekitar 5.34 petang.

Beliau segera dikejarkan ke hospital.

Satu imbasan CT menunjukkan beliau diserang angin ahmar.

Para doktor kini sedang merawat beliau, kata kenyataan PMO.

Dalam satu pos di Facebook, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis: "Saya berharap Swee Keat tidak apa-apa, beliau adalah anggota pasukan saya yang amat berharga."

Beliau berkata bahawa Encik Heng tiba-tiba rebah di mesyuarat mingguan itu. Tiga doktor Kabinet telah membantunya dengan segera, dan ambulans telah dipanggil.

Beliau telah dihantar ke Hospital Tan Tock Seng, tambah Encik Lee lagi.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Tan Chuan Jin berkata: "Mari kita sama-sama doakan Encik Heng Swee Keat selamat." 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3