Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Heng Swee Keat tonton NDP di televisyen

Aug 10, 2016 | 08:49 AM



MENTERI Kewangan Heng Swee Keat, yang sedang berehat di rumah selepas mengalami angin ahmar pada Mei, terpaksa menonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di televisyen malam tadi (9 Ogos).



Dalam satu pos Facebook pada tengah hari, Encik Heng berkata beliau tidak dapat menghadiri perbarisan itu kerana doktor menasihatkan beliau supaya menjauhi tempat sesak bagi mengelakkan jangkitan, yang boleh menjejas pemulihannya.



Encik Heng, yang juga pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE), mengalami jangkitan paru-paru ketika berada di unit rawatan rapi.



"Saya berasa baik sekarang, mengikuti pemulihan sambil membaca kertas daripada MOF (Kementerian Kewangan) dan CFE," tulis beliau. "Tetapi doktor mengatakan paru-paru mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dan jangkitan baru boleh menjejas semula proses itu."



Encik Heng berkata beliau mungkin melakukan regangan dan senaman ketika menonton NDP di televisyen.



Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines itu memuat naik gambar penduduk kawasan undinya menunjukkan dua ibu jari dalam majlis jamuan malam Hari Kebangsaan kawasannya baru-baru ini, yang beliau tidak dapat hadir juga, di Tampines Central.



"Mereka ingat apabila PM (Lee Hsien Loong) melawat saya ketika saya di hospital, saya menunjukkan PM dua ibu jari. Jadi sekarang keluarga Tampines menunjukkan saya dua ibu jari juga. Mereka sangat baik," ujarnya.



Encik Heng juga mengucapkan terima kasih kepada pengikut laman Facebook beliau bagi ucapan, doa dan kata-kata perangsang mereka, selain rakan-rakan AP GRC itu dan rakan setugas kerana melakukan tugas beliau semasa ketiadaan beliau.



Beliau sedang cuti sakit selepas rebah semasa satu mesyuarat Kabinet daripada strok akibat aneurisme, iaitu kelemahan setempat saluran darah.



Encik Heng menjalani pembedahan untuk menutup aneurisme itu, dan dibenarkan keluar hospital pada 25 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >