Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hepatitic C di SGH: Satu lagi pesakit didapati dijangkiti

Oct 22, 2015 | 09:46 AM



SEORANG lagi pesakit Hospital Besar Singapura (SGH) didapati positif hepatitis C, menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti penyakit itu 23 orang.


Dalam satu kenyataan pada Rabu (21 Okt) malam, SGH berkata seorang daripada 598 pesakit yang diperiksa setakat ini didapati positif bagi virus hepatitis C.


Pesakit itu sekarang dalam keadaan baik dan telah dimaklumkan. SGH akan mengatur janji temu dengan ahli hepatologi (pakar bidang perubatan esofagus, perut, usus, hati dan pankreas) bagi menasihati beliau dan keluarganya mengenai pilihan rawatan.


Pengerusi lembaga perubatan SGH, Profesor Fong Kok Yong, berkata: "Kajian filogenetik yang dilakukan menunjukkan bahawa pesakit itu dikaitkan dengan kelompok 22 kes yang dimasukkan ke wad 64A atau Ward 67 dari April hingga Jun 2015."


Beliau menambah: "Kami akan menyediakan pesakit itu, yang ketika ini dalam keadaan baik, dan keluarganya sokongan penuh dan memastikan pesakit itu menerima rawatan tepat pada masanya dan sesuai."


SGH menghubungi pesakit yang tinggal di dua wad ginjal itu dari Januari hingga Jun lalu untuk pemeriksaan selepas ia mengumumkan pada 6 Oktober bahawa 22 pesakit ginjal dijangkiti hepatitis C ketika menerima rawatan di hospital tersebut.


Lapan daripada mereka telah meninggal dunia, dengan lima kematian mungkin dikaitkan dengan jangkitan itu.


Dalam kalangan pesakit yang telah diperiksa, 531 disahkan negatif dan telah dimaklumkan, manakala hasil ujian 66 pesakit belum siap.


Seramai 299 kakitangan SGH telah menjalani pemeriksaan dan semuanya negatif.


Ia membuat laporan polis pada Selasa bagi menolak sebarang kemungkinan perbuatan khianat menjadi punca jangkitan kelompok hepatitis C itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >