Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hepatitis C: SGH umum 951 perlu diperiksa, lebih ramai daripada anggaran awal

Oct 09, 2015 | 11:52 AM



SERAMAI 951 orang - hampir seganda daripada yang dianggarkan pada Selasa (6 Okt) - perlu diperiksa bagi virus hepatitis C berikutan wabak yang mungkin telah menyebabkan empat pesakit meninggal dunia, umum Hospital Besar Singapura (SGH) pada Khamis malam.


Ini termasuk pesakit dan pekerja kesihatan.


Dalam satu kenyataan, SGH berkata ia "secara proaktif sedang menghubungi" 678 pesakit yang tinggal di Wad 64A dan 67 dari Januari hingga Jun lalu.


Wad 64A ialah wad ginjal, tetapi ia diubah elok dari April hingga Jun dan pesakit dipindahkan ke Wad 67 semasa tempoh itu.


Menjelang 6 petang Khamis, SGH telah menghubungi 298 pesakit, dengan 251 daripada mereka telah mengesahkan janji temu pemeriksaan mereka.


Setakat ini, 78 pesakit telah diperika dan hasilnya akan keluar seminggu selepas pemeriksaan.


Sekumpulan 273 pekerja jagaan kesihatan juga perlu diperiksa, kata SGH.


Daripada kumpulan ini, SGH telah memeriksa 169 doktor dan jururawat.


SGH mengumumkan pada Selasa bahawa 22 pesakitnya dijangkiti hepatitis C. Mereka semua dimasukkan ke hospital itu kerana masalah ginjal antara April dan Jun.


Lapan daripada mereka telah meninggal dunia. Empat kematian dikaitkan dengan jangkitan virus itu manakala tiga akibat sebab-sebab yang tidak berkaitan. Satu lagi kematian masih disiasat.


Pada Selasa, pengerusi lembaga perubatan SGH, Profesor Fong Kok Yong, berkata hospital itu akan memeriksa 411 pesakit serta 42 doktor dan 51 jururawat.


Sementara itu, SGH juga berkata ia telah menerima panggilan telefon daripada 157 pesakit yang tidak tinggal di wad terjejas semasa tempoh tersebut.


"Hospital ini memberi jaminan kepada mereka bahawa pesakit di wad lain dan pelawat tidak perlu diperiksa memandang hepatitis C bukan viarus bawaan udara," kata hospital itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >