Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Heret pegawai polis di CTE: Bekas banduan dituduh sebabkan kecederaan teruk

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang mengheret seorang pegawai polis di Ekspreswe Central (CTE) semasa cuba melarikan diri dari pemeriksaan polis trafik telah didakwa di mahkamah semalam.



Warga Singapura Heng Yong Qin, 31 tahun, dituduh menyebabkan kecederaan teruk kepada pegawai itu akibat melakukan perbuatan terburu-buru.



Dalam kenyataannya petang Sabtu polis berkata pegawai tersebut mengalami beberapa kecederaan dan keadaannya stabil.



Heng sedang berada dalam tempoh pengurangan hukuman pada masa ini, setelah dibebaskan dari penjara Julai lalu selepas menjalani hukuman bagi kesalahan yang tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.



Pengurangan hukuman itu yang membolehkannya dibebaskan lebih awal mengenakan syarat supaya dia tidak melakukan kesalahan dari 11 Julai tahun lalu hingga 9 Mei tahun ini dan mematuhi perintah berkurung harian.



Bagaimanapun, Heng dituduh melanggar perintah berkurung itu kerana gagal berada dalam rumah di sebuah flat Ang Mo Kio antara 27 September dengan 22 Oktober tahun lalu.



Sabtu lalu, dia dikatakan memandu kereta di CTE menuju Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) sekitar 7.30 pagi apabila pegawai polis trafik berusia 36 tahun mengarahnya berhenti kerana disyaki melanggar peraturan trafik.



Dalam kenyataan mereka, polis berkata Heng tiba-tiba memandu pergi, mengheret pegawai itu di jalan raya.



Heng kini ditahan di Divisyen Polis Central dan kesnya telah ditangguh ke 5 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >