Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Heroin, ‘ice’ bernilai $70,000 dirampas dalam operasi CNB

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Heroin, ‘ice’ bernilai $70,000 dirampas dalam operasi CNB

Feb 21, 2019 | 04:30 PM

PEGAWAI Biro Narkotik Pusat (CNB), pada dinihari Rabu (20 Feb) merampas hampir  1 kilogram dadah heroin dan ice, yang dianggar bernilai $70,000.

Tiga individu yang disyaki pesalah dadah juga ditangkap dalam operasi itu, kata CNB, dalam kenyataannya pada Khamis (21 Feb).

Pada Rabu, pegawai CNB dikerah ke kawasan Jalan Bukit Ho Swee untuk memerhati dua inidividu yang disyaki pesalah dadah.

Pegawai CNB melihat suspek pertama, warga Singapura berusia 61 tahun bertemu lelaki warga Malaysia berusia 28 tahun dia kali -  di Tiong Bahru Plaza dan di Blok 14 Jalan Bukit Ho Swee.

 

Warga Malaysia itu ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands semasa cuba meninggalkan Singapura dan wang sejumlah $5,200 dirampas daripadanya.

CNB, yang menyerbu tempat persembunyian warga Singapura itu pula menemui 500 gram heroin, wang tunai $2,900. Lagi 470 g heroin ditemui dalam beg hitam di luar unit itu.

Mereka kemudian menangkap lagi dua warga Singapura yang menjadi suspek, berusia 57 tahun dan 61 tahun dan seorang penyalah guna dadah berusia 47 tahun di Indus Road.

Sejumlah 8 gram heroin dan 11 gram Ice ditemui di unit di sana.

 

Jumlah heroin yang dirampas - 974 gram - cukup untuk digunakan sekitar 464 penyalah guna dadah dalam seminggu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3