Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Heroin hampir 1kg, 120g Ice dirampas dari rakyat Malaysia di Woodlands

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Heroin hampir 1kg, 120g Ice dirampas dari rakyat Malaysia di Woodlands

Apr 26, 2016 | 10:44 AM

DADAH bernilai anggaran $86,000 dirampas daripada seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada awal Isnin (25 April), umum Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan akhbar bersama.

Pegawai ICA menahan rakyat Malaysia berusia 20 tahun itu sebaik-baik dia tiba di pusat pemeriksaan pada kira-kira 5.20 pagi.

Kira-kira 460g heroin ditemui dalam begnya dan dia kemudian ditahan.

Dia dirujuk kepada CNB bagi siasatan lanjut apabila pegawai menemui lagi 460g heroin dan kira-kira 120g Ice daripadanya.

Siasatan sedang dijalankan, ujar ICA dan CNB.

Mereka menambah bahawa Akta Penyalahgunaan Dadah memperuntuk hukuman mati jika jumlah diamorphine, atau heroin tulen, yang diperdagang melebihi 15g - bersamaan 1,250 straw yang boleh memenuhi ketagihan kira-kira 180 penagih selama seminggu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3