Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hiasan lampu Raya papar budaya Melayu, usaha satukan masyarakat

May 12, 2018 | 05:30 AM



SELAMA 50 hari mulai hari ini, pengunjung ke Geylang Serai boleh menikmati pelbagai hiasan lampu yang memaparkan elemen seni dan budaya Melayu seperti rumah kampung, sampan dan corak bunga.



Hiasan lampu Hari Raya itu akan mewarnai jalan raya sepanjang 2.25 kilometer termasuk Sims Avenue, Geylang Road dan Changi Road.



Bertemakan 'Menyambut Semangat Kampung Kita', acara Penyalaan Lampu Hari Raya tahun ini bakal dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, malam ini.



Antara yang menarik tahun ini ialah dua gerbang utama yang akan menyambut pengunjung yang memasuki kawasan itu.



Salah satu daripadanya memaparkan hiasan rumah kampung dan sampan, yang antara lain melambangkan hidup kemasyarakatan serta perantau yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga tercinta sempena Ramadan.



Satu lagi gerbang itu pula merupakan hiasan 3D yang memaparkan reka bentuk sebuah masjid bagi melambangkan ibadah tarawih yang dikerjakan sepanjang Ramadan.



Namun, lebih daripada hiasan lampu yang berwarna-warni itu serta bazar dan pelbagai kegiatan yang akan diadakan, Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade berkata apa yang lebih penting ialah usaha menyatukan masyarakat.



"Cara kami merancang kegiatan juga, ia bertujuan menyatukan masyarakat dan membolehkan masyarakat bukan Melayu untuk ikut serta dan kenali sedikit sebanyak tentang erti acara ini dari segi budaya dan agama," katanya ketika ditemui media kelmarin.



Tambahnya, ini juga merupakan wadah yang baik untuk menggalak pemahaman lebih mendalam tentang amalan budaya satu sama lain.



Encik Tan terlibat dalam perancangan bagi acara Penyalaan Lampu Hari Raya tahun ini bersama seorang lagi AP GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef.



Buat kali pertama juga, Wisma Geylang Serai (WGS) akan turut menyerikan sambutan Ramadan di Geylang Serai.



Selain bazar yang akan diadakan di WGS serta hiasan lampu di sana, pelbagai majlis berbuka puasa juga akan diadakan di sana.



Menurut Dr Fatimah, WGS akan menjadi antara tumpuan utama bagi lampu Hari Raya di Geylang Serai.



"Sepanjang bulan ini, orang ramai boleh menjangkakan pelbagai kegiatan dan persembahan yang menarik serta gerai bazar yang berkonsep baru," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >